Perkampungan di Perak ini hampir jadi tercemar dengan radioaktif nuklear macam Chernobyl, Ukraine

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Tahukah anda bahawa pada suatu masa, Perak mengalami satu kes pencemaran radioaktif yang serius?

Semuanya bermula apabila syarikat Asian Rare Earth Sdn. Bhd (ARE) mula beroperasi pada tahun 1982.

Syarikat ini terlibat dalam pengeluaran yttrium daripada bahan mineral monazite yang juga mengandungi bahan radioaktif seperti thorium dan uranium.

Perkampungan di Perak ini hampir jadi tercemar dengan radioaktif nuklear macam Chernobyl, Ukraine

Sisa-sisa pemprosesan bahan radioaktif ini disimpan dengan harapan boleh digunakan sebagai sumber tenaga nuklear pada masa akan datang.

Namun, selepas kilang ini beroperasi, penduduk tempatan mula mengalami kesulitan bernafas dan iritasi mata disebabkan oleh asap dan bau busuk yang datang daripada kilang tersebut.

Walaupun penduduk mengadu tentang masalah ini, keluhan mereka diabaikan selama bertahun-tahun.

Kesihatan penduduk semakin terjejas, dengan peningkatan kes leukemia, kematian bayi, penyakit bawaan dan keracunan plumbum.

Keadaan bertambah serius apabila penduduk setempat menemui bukti bahawa kilang ARE membina parit khas untuk membuang sisa radioaktif yang terletak terlalu dekat dengan kampung mereka.

Pada tahun 1984, penduduk Papan dan kawasan sekitarnya menghantar surat bantahan rasmi kepada beberapa pihak termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan.

Namun, respon yang diterima tidak memuaskan. Kerajaan menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan telah diambil dan pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif akan diteruskan.

Mengambil inisiatif, beberapa demonstrasi diadakan oleh penduduk tempatan untuk mendesak kerajaan untuk campur tangan.

Tidak puas dengan demonstrasi, penduduk dari kawasan lain bersama-sama membentuk Jawatankuasa Bertindak untuk mengkaji isu ini.

Selepas beberapa kali kes ini dibawa ke mahkamah, ARE akhirnya berhenti sepenuhnya beroperasi pada tahun 1994.

Namun, kesan pencemaran radioaktif ini masih dirasai oleh penduduk tempatan. Dilaporkan bahawa pemprosesan bahan radioaktif di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukemia dan 7 kes kematian. Selain itu, terdapat peningkatan kes kecacatan kelahiran dan leukemia dalam kalangan penduduk.

Kisah ini diilhamkan daripada tragedi di Bukit Merah dan disentuh dalam filem “Zombi Kampung Pisang”, yang mengkritik pengurusan sisa industri dan bahan buangan.

BACA: “Sebelum ini aku pernah intai, memang tak dapat tapi hari tu aku tak intai pun, dengan kuasa Allah rahsia suami akhirnya terbongkar”