Perjumpaan PMX dengan Presiden Indonesia ditangguh, rupanya ini yang jadi pada Prabowo

Oleh MHDAILY

Perjumpaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah hari ini, terpaksa ditangguhkan.

Anwar memaklumkan bahawa beliau telah berada di Pulau Langkawi untuk pertemuan tersebut,

Namun Prabowo pada malam tadi memohon penangguhan selama beberapa hari disebabkan keadaan kesihatannya yang kurang baik.

“Mendoakan agar Presiden Prabowo segera sembuh dan dapat meneruskan pertemuan antara dua negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, di Langkawi pada hari Khamis ini (26 Disember).

Perjumpaan PMX dengan Presiden Indonesia ditangguh, rupanya ini yang jadi pada Prabowo

Pada Sabtu lepas, Anwar dalam sidang media khas di Subang, Selangor, memaklumkan bahawa beliau akan bertemu Prabowo dan Thaksin untuk membincangkan isu-isu strategik serantau serta perkembangan ASEAN.

Anwar berkata, pertemuan dua hala dengan Prabowo akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara, selain membincangkan peranan penting Indonesia sebagai negara anggota ASEAN yang strategik.

Manakala, pertemuan dengan Thaksin pula, menurut Perdana Menteri, dijangka membincangkan pelbagai isu pembangunan serantau serta pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan cabaran bersama.

Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi beliau dalam mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Malaysia akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN secara rasmi bermula 1 Januari ini, dengan tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia iaitu ‘Keterangkuman dan Kelestarian’.

Sebelum ini, Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005, dan 2015.

BACA: ‘Ketika segalanya kelihatan mustahil, iman menjadi sumber kekuatan, Terima kasih Allah’ -Khaby

Leave a Comment