Pergi Thailand tanpa pengetahuan isteri, lelaki nekad gam pasport

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang suami ditahan oleh perkhidmatan imigresen kerana 12 muka surat pasportnya digam untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Thailand

Daripada pengetahuan isterinya, lapor portal berita Deccan Herald semalam.

Menurut akhbar Times of India, penumpang yang bekerja sebagai pengendali perniagaan logistik dan dikenali sebagai Tushar Pawar, 33 tahun, kemudiannya ditahan oleh polis.

Pawar dilaporkan melakukan perbuatan ini untuk mengelakkan pertikaian dengan isterinya kerana dia pergi ke Bangkok.

Dia yang tinggal di Sattara, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai sebelum menaiki penerbangan ke Thailand.

Pergi Thailand tanpa pengetahuan isteri, lelaki nekad gam pasport

“Pawar hendak menaiki penerbangan ke Thailand bersama pelanggannya ketika dia ditahan,” kata seorang pegawai polis.

Pegawai tersebut menjelaskan bahawa Pawar melakukan tindakan ini untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Bangkok dan Thailand pada tahun 2023 serta tahun ini daripada pengetahuan isterinya.

Pawar gagal memberikan penjelasan yang memuaskan dan mengaku bahawa dia pernah pergi ke Thailand bersama rakan-rakannya tanpa pengetahuan isterinya, tambah pegawai itu.

BACA: Kim Pan Gon bakal tinggalkan skuad Harimau Malaya?