“Pergi kerja dua jam dan balik juga dua jam”, Pemuda ini dedah sebab kenapa masih bertahan kerja di Singapura. Dapat gaji yang berganda menjadi faktor utama sebahagian rakyat negara ini bekerja di Singapura .
walaupun terpaksa mengikat perut untuk berjimat dan berpenat ketika mencari nafkah di Kota Singa.
Seorang jurutera dikenali sebagai Hisham, 32, berkata, dia memperoleh pendapatan dua kali ganda daripada gaji yang diterima ketika bekerja di negara ini.
Katanya, dia amat bersyukur kerana berpeluang meluaskan kemahirannya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan keelektromagnetan dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Jurong, Singapura.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dua tahun lalu, saya dan rakan-rakan merupakan antara pekerja diberhentikan ketika bekerja di kilang elektronik di Senai. Ketika itu kehidupan sangat sukar kerana perlu menyara tiga anak.
“Saya buat kerja macam-macam antaranya bekerja sebagai penghantar barang dan sebagainya untuk sara keluarga, isteri pula berniaga kek dan lain-lain secara online. Selepas endemik cuba minta kerja juga susah nak dapat, akhirnya saya memilih untuk cari kerja di Singapura,” katanya kepada Kosmo! Ahad.
Menurut Hisham, dia bersyukur apabila rezekinya murah dan mendapat kerja di sebuah kilang elektronik di Jurong dengan gaji RM9,000. Sebelum ini gajinya hanya RM4,000.
Sementara itu, seorang pembantu perubatan, Mohamad Fazli, 29, berkata, dia memilih untuk berhijrah ke Singapura adalah untuk melebarkan pengalaman dan kemahiran yang sedia ada.
Katanya yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota sebelum ini, dia kini bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Mount Elizabeth, Orchard, Singapura.
“Bukan nak kata apa, cuma persekitaran kerja di negara jiran lebih baik berbanding dengan tempat kerja lama, dekat sana (Singapura) kita diberi pendedahan lebih banyak, rakan sekerja saling supportive, banyak benda baharu saya belajar,” ujarnya.
Mohamad mengakui, perjalanan untuk memasuki dan keluar dari negara itu memakan masa hampir empat jam sehari, namun ia berbaloi apabila pendapatan yang diperoleh lumayan.
“Setiap hari saya guna kenderaan awam untuk pergi dan balik, pergi kerja dua jam dan balik juga dua jam, penat tu memang penat, tetapi berbaloi apabila tengok akaun bank setiap bulan, dua kali ganda gaji sebelum ini,” katanya.
BACA:
Atuk ini kongsi kisah tunai Haji pada tahun 1924, kos tunai haji masa tu murah gila!