Perdana Menteri sebelum ini bersikap ‘penakut’ Mahthir lupa dia dua kali jadi Perdana Menteri

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Bekas perdana menteri yang ke-4 dan ke-8 Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyindir berkata, semua Perdana Menteri sebelum ini bersikap ‘penakut’

kerana tidak melaksanakan penyasaran subsidi sewaktu memegang tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Katanya, kenaikan yang tinggi secara mendadak selepas subsidi ditarik balik oleh Kerajaan Madani akan menekan rakyat terutamanya golongan miskin.

“Itu kata Anwar (tiada tekad politik). Mungkin mereka (Perdana Menteri sebelum ini) penakut,

Tetapi prihatin terhadap nasib rakyat,” katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Rabu.

Perdana Menteri sebelum ini bersikap ‘penakut’ Mahthir lupa dia dua kali jadi Perdana Menteri

Daripada kenyataan Mahathir tersebut dapat disumpulkan beliau juga seorang bekas PM sebelum ini yang tak berani buat seperti Anwar lakukan sekarang.

Bekas PM itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penyasaran subsidi dipersetujui oleh semua Perdana Menteri sebelum ini namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiada tekad politik.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bermula 10 Jun sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter.

Baca: “Kak ipar naik lemak, dia dan suami harapkan aku tanggung anak mereka, tak salah minta tolong tapi masalahnya aku kena tanggung hidup dorang pula!”