Penyewa mahu tinggal percuma seminggu sebab ini je

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Menjadi pemilik rumah sewa bukanlah perkara yang mudah, terutama apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah penyewa.

Salah satu kisah yang dikongsikan oleh Ayuni Hassan cukup mencuri perhatian,

Di mana seorang individu menghubunginya untuk menyewa rumah tetapi dengan permintaan yang agak pelik dan mengundang senyuman.

Menurut Ayuni, individu tersebut meminta untuk tinggal selama seminggu secara percuma sebagai tempoh percubaan untuk “memastikan keselesaan” rumah tersebut.

“Boleh pula nak duduk seminggu percuma katanya nak tengok selesa atau tidak.

Penyewa mahu tinggal percuma seminggu sebab ini je

Takut-takut rumah ada gangguan, atau kerosakan yang disembunyikan. Manusia macam ini pun ada ya,” katanya sambil meluahkan rasa terkejut.

Tambahnya, individu tersebut juga mengutarakan syarat yang lebih aneh, yakni jika sepanjang seminggu itu dia merasa tidak selesa – seperti diganggu makhluk halus atau berhadapan masalah lain – dia tidak akan membayar sebarang sewa. “Dia ingat kita buat servis rumah amal ke, masuk tandas pun kena bayar dulu baru boleh ‘lepas hajat’,” katanya, mengeluh.

Ayuni turut berpendapat bahawa permintaan tersebut seperti satu percubaan untuk memperdayakan pemilik rumah dengan cara yang licik. “Kalau semuanya okay, baru sewa dikira bermula setelah selesai tempoh percubaan. Scammer ke apa dia ni?” soal Ayuni dengan rasa tidak percaya.

Di ruang komen, ramai yang berpendapat individu tersebut adalah seorang penipu yang menggunakan helah tersebut untuk mendapatkan tempat tinggal secara percuma. “Sah-sah penipu, dia guna cara sama tipu banyak pemilik rumah, setiap seminggu tukar rumah. Senang dapat tinggal percuma. Kalau ada yang percaya, memang tak bijaklah orang itu,” kata Syafiq.

“Ingat rumah ‘bapak’ dia nak duduk seminggu. Orang bisnes, kau pula buat syarat sendiri,” sindir Hatezz, menambah lagi kecelaruan dalam situasi tersebut.

BACA: Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!

Leave a Comment