Penunggang dan pembonceng nyaris tercampak dalam laut lepas langgar tembok jambatan Penang

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Penunggang dan pembonceng nyaris tercampak dalam laut lepas langgar tembok jambatan Penang

PADAH menunggang motosikal secara berbahaya, dua orang lelaki hampir tercampak ke dalam laut

selepas selepas motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan di Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa.

Penunggang dan pembonceng nyaris tercampak dalam laut lepas langgar tembok jambatan Penang

Melalui video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram Update Info Semasa itu, kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain melalui kamera papan pemuka (dashcam).

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan berada di sebelah kiri jalan sebelum mereka bertindak memotong sebuah motosikal yang lain.

Namun tindakkan penunggang motosikal itu membawa padah apabila dia hilang kawalan sekali gus menyebabkan mereka merempuh tembok jambatan tersebut.

Impak daripada perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang serta pembonceng tersebut tercampak ke luar jambatan tersebut.

Namun, kedua-dua mereka bernasib baik kerana tidak terjatuh ke dalam laut.

Seorang pengguna Telegram, Airul mendakwa kedua-dua mangsa terselamat dan mengalami kecederaan ringan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

“Nasib tidak jatuh ke dalam laut tadi. Dua- dua selamat. bahaya betul bawa motosikal macam itu.

“Harap-harap dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain,” tulisnya.

Setakat berita ini ditulis tidak dapat dipastikan keadaan sebenar mangsa dan belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

BACA: SPRM buru menantu Muhyiddin, rupanya kes ini ada berkait dengan Zahid Hamidi ramai nak tahu