Seorang penumpang pesawat berkongsi pengalaman mencemaskan apabila penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu,
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa berpatah balik malam tadi akibat cuaca buruk.
Kejadian itu berlaku disebabkan hujan lebat dan angin kencang, yang menyukarkan pesawat untuk mendarat dengan selamat di LTSIP.
Pengalaman Menegangkan
Pengguna TikTok, @afnan_mz, berkongsi detik tersebut menerusi video pendek.
Katanya, pesawat yang sepatutnya mendarat di LTSIP hanya sempat βon-groundβ sebelum juruterbang membuat keputusan untuk kembali ke KLIA.
@afnan_mz Replying to @_bajilah Daratan dh jd lautan . Take care semua yg terkesan.. Formula 10 tahun mgkn betulΒ² berlaku π₯Ί . #banjir #kelantan #banjirkelantan #banjir2024 #fyp #berandatiktok #xyzabc β¬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – κ§ πΉ.πππ_πΆπππππππ κ§
“Kali pertama dalam hidup, Alhamdulillah umur masih panjang. Mengucap panjang jugalah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Di bahagian komen, seorang pengguna lain turut mengesahkan dirinya berada dalam penerbangan yang sama dan memaklumkan mereka telah berlepas semula ke LTSIP pada pukul 6.45 pagi tadi.
Amaran Cuaca Buruk
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa semua daerah di Kelantan dan Terengganu kini berdepan cuaca buruk dengan hujan sangat lebat diramalkan sepanjang hari.
MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya bagi kedua-dua negeri tersebut, termasuk daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini cuaca bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.
BACA:Β Siapa sangka ada jenama mewah bernama βkeringβ! Raih keuntungan tahunan hampir RM 10bilion