Penjawat awam naik gaji 42.7 peratus, netizen sindir ‘naik tapi kaunter tetap buka 2 je’

Oleh SURIANI HAMDAN

Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka akan menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa gambaran umum mengenai peningkatan gaji penjawat awam akan diumumkan mulai minggu depan.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, garis panduan mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan mula diedarkan minggu depan.

“Insya-Allah, bermula minggu depan, kita akan mendapat gambaran umum mengenai peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka antara 15 hingga 47 peratus.

“Peningkatan ini adalah yang tertinggi untuk kumpulan pelaksana, manakala bagi kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha) dan Ketua Pengarah, peningkatannya akan lebih sederhana,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Penjawat awam naik gaji 42.7 peratus, netizen sindir 'naik tapi kaunter tetap buka 2 je'

Fahmi juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat Kabinet tersebut, Jemaah Menteri telah diingatkan tentang beberapa perkara berkaitan implikasi kewangan akibat kenaikan gaji penjawat awam.

Katanya, perkara mengenai implikasi kewangan ini bukan sahaja akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tetapi juga dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.

“Untuk perincian, terutama dari segi jumlah yang perlu diperuntukkan bagi kenaikan gaji, maklumat tersebut akan boleh dilihat dalam dokumen Belanjawan 2025.

“Ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk memastikan penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji,” tambahnya.

Selain itu, Fahmi memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang meneruskan usaha pendaftaran syarikat yang ingin menyertai program dasar gaji progresif.

Katanya, jika ada syarikat swasta yang belum berdaftar dan ingin berbuat demikian, mereka boleh menghubungi Kesuma.

“Kita melihat usaha Kerajaan Madani bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan gaji penjawat awam, tetapi juga untuk membantu sektor swasta meningkatkan pendapatan dan gaji pekerja swasta,” ujarnya

BACA: “Bini mengaku 2 kali terlanjur dengan lelaki bujang, bersaksikan anak-anak aku lafaz lagi sekali”