Seorang petinju terkenal ditahan bersama sekumpulan rakannya atas tuduhan menculik dan menyerang seorang lelaki.
Petinju dari Thailand yang dikenali sebagai Pariya itu, berusia 23 tahun,
Dia didakwa menembak mangsa di wilayah Prachuap Khiri akibat pertikaian melibatkan teman wanita salah seorang rakannya.
Pariya dan kumpulan tersebut turut dituduh menculik mangsa, yang juga pesaingnya, dengan menaiki sebuah kereta dan membawanya ke Bangkok.
Setibanya di Bangkok, mereka dikatakan menyerang mangsa secara kejam menggunakan senjata api, kayu, dan pisau, sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Selain itu, mereka juga didakwa mencuri beberapa barang milik mangsa, termasuk rantai emas dan azimat.
Akibat serangan itu, mangsa terpaksa menerima rawatan selama lebih 20 hari sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pak Nam Pran.
Namun, Pariya menafikan semua tuduhan tersebut dan telah dipindahkan ke Balai Polis Pak Nam Pran untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
BACA: Wanita tumpah darah, lepas jamah masakan biras… Rupanya dicampur air jampi
tupaiwin tupaiwin
tupaiwin tupaiwin