Peniaga rendam sotong dalam tong sampah trus insaf selepas ditegur KKM

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Peniaga nasi lemak yang sebelum ini tular kerana enggan menerima teguran susulan merendam sotong di dalam tong sampah akhirnya membuat permohonan maaf.

Individu berkenaan turut berkongsi satu rakaman video memaparkan dirinya membeli bekas plastik baharu menggantikan tong sampah bagi kegunaan merendam sotong.

Nada percakapan peniaga berkenaan yang sebelum ini kedengaran agak ‘berlagak’ juga berubah menjadi tenang seakan menggambarkan keikhlasannya meminta maaf.

Menerusi rakaman dikongsikan di laman TikTok itu, peniaga terbabit turut berterima kasih kepada mereka yang menegur kesalahannya di dalam penyediaan makanan.

“Hari ini saya balik berniaga, terus ke kedai plastik bagi mencari tong baharu untuk merendam sotong.

Peniaga rendam sotong dalam tong sampah trus insaf selepas ditegur KKM

Saya beli tong plastik yang jenis lut sinar. Harapnya sesuai untuk kegunaan penyediaan makanan.

“Saya juga nak meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang menonton video sebelum ini. Andai kata bahasa saya kurang elok untuk didengari, saya mohon maaf banyak-banyak.

@nasilemakkakrose selesai pembelian tong baru khas untuk sotong #foodcontainer ♬ original sound – nasilemakkakrose


“Terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, saya mengambil iktibar di atas kejadian ini untuk terus maju ke hadapan,” kata peniaga berkenaan dalam video tersebut.

Berjanji akan sentiasa memperbaiki kesilapannya, peniaga terbabit berharap orang ramai menerima permohonan maaf tersebut dan terus menyokong peniagaannya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan respon terhadap aduan orang awam di media sosial mengenai amalan penyediaan makanan oleh peniaga terbabit.

Pihak KKM menerusi satu hantaran di laman media sosial X juga memaklumkan akan menjalankan siasatan berdasarkan penyaluran maklumat ataupun aduan berkenaan.

Kenyataan itu adalah respon kepada aduan dari pengguna X yang turut memuat naik tangkap layar serta rakaman peniaga lelaki merendam sotong dalam tong sampah.

Tidak hanya menimbulkan keraguan berhubung kebersihan makanan jualannya, cara peniaga terbabit menyindir teguran orang ramai malah mencetus rasa tidak senang.

“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Ramai yang tegur tetapi alasannya sebab ramai (orang) buat macam itu juga, jadi tak jadi masalahlah.

“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutama dalam bab penyediaan makanan macam ini,” kata pelayar X itu menerusi hantaran tular yang turut meraih perhatian pihak KKM.

BACA: “Dah macam-macam doa aku doakan suami, tapi dia tetap dengan tak solat, dengan perangai tak kisahnya dengan keluarga”