Peniaga ini nasihat waspada pilih belacan, ada jenis yang ada pasir – siap tunjuk bukti

Oleh MHDAILY

Peniaga ini nasihat waspada pilih belacan, ada jenis yang ada pasir – siap tunjuk bukti. Seorang peniaga meluahkan rasa marah apabila belacan yang sering digunakan dalam masakan mempunyai tekstur berpasir.

Tidak berpuas hati dengan kualiti sambal belacan yang dihasilkan, lelaki tersebut mencairkan satu paket belacan dan akhirnya menjumpai punca utama rasa pelik itu.

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @nasibanimelayu sudah mendapat tontonan 1.3 juta dan 57,100 tanda suka.

Peniaga ini nasihat waspada pilih belacan, ada jenis yang ada pasir - siap tunjuk bukti

“Hari ini aku betul-betul marah, aku nak tunjuk belacan paling kotor dan tak boleh digunakan.

“Aku buat sambal belacan dah lama tapi akhir-akhir ini rasanya makin pelik, kenapa rasa berpasir walaupun kami basuh semua bahan.

“Lepas belacan sudah cair dan ditapis, munculah kulit kerang. Benda inilah yang penyebab rasa sambal itu berpasir,” katanya dalam video tersebut.

Selepas dibasuh dua tiga kali, makin jelas kelihatan kulit kerang yang sudah hancur dalam tapisan tersebut.

Video tersebut juga dikongsi oleh pemilik Facebook Mukhzanee Muhamad dan mendapat reaksi warganet yang tidak terkejut dengan isi belacan tersebut.

“Ehh baru tahu ke, aku kalau beli barang dan nampak made in Pulau Pinang, memang tak akan beli dan akan lihat dulu kawasan tempat buat.

“Kalau kawasan dekat Pulau Ketam, memang awal lagi tak akan beli,” komen Zakhwan Ikhwan di Facebook.

“Lagi satu kalau beli udang kering, kalau yang dah siap dibungkus dari Kuala Gula, mohon berhati-hati.

“Sebab sebelum ini pernah nampak udang dijemur di tepi jalan dan hanya lapik dengan menggunakan guni sahaja. Pernah Juga nampak anjing jilat serta duduk atas udang kering,” tambah Muhamad Fuad.

@nasibanimelayu AMARAN KERAS JANGAN BELI SEBARANG PRODUK ATAU BARANGAN DARI SYARIKAT JENAMA SAJIKU !! LIHAT VIDEO SAMPAI HABIS !!#fypシ #viraltiktok #viral #kl #AikenPrebioticCNY #CapCut #jalanjalancarimakan #tomyam #perak #makananviral #nasibanimelayu #fyp #siakap #taiping #sambal #belacan #sambalbelacan ♬ original sound – Nasi Bani Melayu

Buat Laporan Pihak Berkaitan

Dalam video lain, lelaki berkenaan turut memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan tegas diambil oleh pengilang belacan tersebut.

Jika ada yang sudah membeli produk ini, diminta untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (Sispaa), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

@nasibanimelayu Replying to @meen67dee ♬ original sound – Nasi Bani Melayu

BACA JUGA : 

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

Kena sindir tak pandai ‘speaking’, sekali Safawi buka mulut semua terkejut