Seorang peniaga durian menarik perhatian netizen selepas memberikan jawapan biadab terhadap aduan pelanggannya.
Dalam siaran langsung (live) di media sosial, peniaga Thailand tersebut berkata pelanggan
tidak berhak mengadu jika mereka membeli durian yang murah.
“Saya tidak layan aduan pelanggan kerana tidak perlu. Kalau nak durian yang bagus, beli yang harga mahal.
Kamu beli durian murah, jangan harapkan lebih,” katanya selepas seorang pelanggan meninggalkan komen aduan di laman sosialnya.
Lebih mengejutkan, peniaga itu juga menghina pelanggan dengan menyebut mereka sebagai miskin dan tidak mampu membeli durian berkualiti tinggi.
Dalam sesi live tersebut, peniaga itu turut mencabar pelanggan untuk datang semula ke kedainya di Surin, Bangkok.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap layanan biadab peniaga durian itu dan ada yang menggesa gerakan boikot sebagai pengajaran kepada peniaga tersebut.
BACA: Dakwa rakyat mati kelaparan, pemimpin Muslimat Pas bergaya dengan beg mewah