Tular di media sosial, sebuah video memaparkan kekecewaan seorang pelanggan terhadap respons pemilik sebuah restoran di Pasir Gudang, Johor,
selepas hidangan sayur kailan yang dipesannya didapati mengandungi ulat yang masih hidup.
Pelanggan Persoal Kebersihan
Lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan restoran berkenaan dan mempersoalkan cara penyediaan makanan mereka.
Namun, jawapan yang diterimanya daripada pemilik restoran dianggap tidak profesional dan mengejutkan.
Pemilik restoran itu dengan selamba menyatakan kehadiran ulat dalam makanan adalah perkara biasa walaupun usaha telah dilakukan untuk membersihkannya.
“Kailan tu bukan abang seorang kena, kita sendiri pun pernah kena. Kadang-kadang bila basuh sayur, tak bersih sepenuhnya. Memang salah saya, tetapi kami sudah buat yang terbaik. Kadang-kadang tetap ada ulat walaupun sudah dicuci,” kata peniaga tersebut.
Tambahnya lagi, premisnya tidak mampu menjamin kebersihan secara menyeluruh:
“Kami cuba jaga kedai, tetapi tidak semuanya sempurna,” ujarnya tanpa rasa bersalah.
@xuanying_0 Aku stress dengar penjelasan dia π mana kau tahu tu ulat sayur ? sedangkan itu bukan ulat sayur ! dan ulat tu kat pinggan yg dah dicampur disemua makanan . so ? itu ulat sampah weh π atau makanan yg dh busuk . kenapa dh viral baru beria nak mintak maaf ? tdi bukan main ckp mcm awak yg betul kami la yg salah π₯² Anggaplah ini satu pengajaran untuk awak sbb awak dh “BIASA” . dan saya tknk benda ni jadi dekat anak kecil dan orang lain ππ» dan mcm awak ckp awak pun dh biasa makan makanan berulat di kedai makan lain even kedai makan awak sendiri π₯² . doakan jelah husb sye sihat , kalau tak sye tkthu kes ini akan panjang mcm mana . so guys just beware only alright βΊοΈ how rude they are π₯Ή @KKM @RestoranAyuKancil @HafizAzmi #fyp #viralvideo #ulatdikedaimakan #kkm β¬ original sound – Bebbymoyy π―
Respons Netizen
Jawapan pemilik restoran itu mengundang kemarahan ramai. Pelanggan dan netizen menyifatkan tindakan peniaga tersebut sebagai cubaan untuk menormalisasikan isu kebersihan yang sepatutnya diambil serius dalam penyediaan makanan.
Kemarahan orang ramai semakin memuncak apabila peniaga itu dilihat tidak menunjukkan usaha untuk memperbaiki keadaan, malah menganggap isu tersebut sebagai perkara remeh.
“Sebagai peniaga makanan, kebersihan adalah keutamaan. Ini bukan perkara biasa tetapi jelas menunjukkan kecuaian,” tulis seorang pengguna media sosial.
Seruan untuk Tindakan Pihak Berkuasa
Berikutan kejadian ini, ramai menyeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap restoran tersebut kerana melanggar prosedur kebersihan makanan.
Mereka juga berharap agar pemeriksaan lebih ketat dilakukan bagi memastikan makanan yang disediakan di restoran mematuhi standard kebersihan dan keselamatan.
BACA:Trip nikah dulu bayar kemudian tarik perhatian, dah macam paylaterΒ