Pengurus bank ‘harimau’ kantoi curi RM6.7 juta duit pelanggan, rupanya ini sebab dia mencuri ramai nak tahu

Oleh MHDAILY

Pengurus bank ‘harimau’ kantoi curi RM6.7 juta duit pelanggan, rupanya ini sebab dia mencuri ramai nak tahu.

Polis menahan seorang pengurus cawangan Maybank Indonesia yang didakwa mencuri berbilion

Wang rupiah daripada akaun milik atlet e-sport ternama, Winda Lunardi dan ibunya.

Pengurus bank 'harimau' kantoi curi RM6.7 juta duit pelanggan, rupanya ini sebab dia mencuri ramai nak tahu

Pasukan penyiasat hanya menamakan suspek yang merupakan pengurus bank cawangan Cipulir di Jakarta Selatan itu sebagai A.

Menurut jurucakap Polis Indonesia, Briged Jeneral Awi Setiyono, mangsa telah kehilangan wang sebanyak Rp22.87 bilion (RM6.7 juta).

“A kini ditahan di pejabat Peguamcara Daerah Tangerang di Banten,” katanya semasa sidang media baru-baru ini.

Katanya, kes bermula pada Februari lalu apabila mangsa mendapati wang yang disimpan beliau dan ibunya, Floletta Lizzy Wiguna yang disimpan dalam dua akaun Maybank sejak 2015 telah hilang.

Floletta dilaporkan mendapati wangnya hilang apabila hendak membuat pengeluaran.

Beliau terkejut apabila mendapati wang di dalam akaunnya hanya tinggal Rp17 juta sedangkan beliau telah membuat simpanan melebihi Rp5 bilion.

Floletta segera meminta Winda memeriksa akaunnya dan mendapati wang milik atlet itu hanya tinggal Rp 600,000.

Kedua-duanya membuat laporan polis pada Mei selepas mendakwa usaha mereka untuk menghubungi bank berkenaan tidak berhasil.

Menurut Awi, suspek didakwa telah memujuk mangsa untuk membuka akaun simpanan bertempoh dengan kadar faedah yang tinggi di bank berkenaan,

Bagaimanapun, Maybank tidak mempunyai perkhidmatan seperti itu.

Suspek kemudiannya didakwa menggunakan data yang diperolehinya untuk memindahkan wang berkenaan ke beberapa akaun lain milik temannya.

“Beliau menggunakan wang tersebut untuk pelaburan dan membuat pusingan bagi mendapatkan keuntungan,” kata polis.

Polis telah menyoal 23 saksi termasuk kakitangan Maybank.

Mereka ketika ini sedang menjejaki aset milik pengurus cawangan berkenaan yang didakwa diperolehi jenayah tersebut.

Setakat ini, pihak polis telah merampas kereta, tanah dan bangunan milik suspek namun masih ada aset yang masih dijejaki, jelas Awi.

BACA:

“Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!”

Demi tampung kos rawatan anak, bapa berkorban ‘pejam’ mata jual kereta