Pengguna teruja bila dengar Apple nak jual produk ‘refurbished’ di Malaysia. Apple Certified Refurbished merupakan barisan peranti Apple seperti iPhone, MacBook, iPad, Apple Watch dan sebagainya yang telah dibaiki semula dengan gantian komponen asli oleh Apple.
Barangan dengan status refurbished selalunya dilabel seperti baharu kerana telah disemak sendiri oleh Apple.
Foto Didakwa Apple Store Pertama Di Malaysia Kini Tular
Apple Tawarkan Jawatan Kosong Sempena Pembukaan Kedai Rasmi Pertama Di Malaysia
Berita baik buat pengguna Malaysia, kini aplikasi Apple Store didapati telah menyenaraikan Mac menerusi kategori Certified Refurbished.
Namun, masih belum disenaraikan apa-apa produk lagi apabila ditekan pada Shop.
Untuk makluman, peranti refurbished daripada Apple mempunyai jaminan setahun serta sesetengah model hadir dengan bateri baharu.
Bukan itu sahaja, Apple juga akan menyertakan set lengkap termasuklah pengecas atau kabel menerusinya.
Terdapat kemungkinan penyenaraian produk Certified Refurbished ini tersedia lebih awal sebagai persediaan untuk ditawarkan pada masa kelak.
Dengan kewujudan kategori Certified Refurbished, ia menguatkan lagi dakwaan bahawa pembukaan Apple Store rasmi yang pertama di Malaysia bakal terjadi tidak lama lagi.
Hal ini kerana hanya negara yang mempunyai Apple Store sahaja yang akan menawarkan peranti dengan label Certified Refurbished.
Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store dan jualan produk Apple refurbished secara rasmi di Malaysia.
BACA:
‘Besarnya tikus!’, pelanggan pasaraya terkemuka terkejut tikus sebesar kucing celah sayur
Ditanya kenapa tak pakai baju PJ, nak menangis cikgu dengar budak ni jawab