Penggemar Teh ! Ini 6 Kedai teh estetik yang wajib anda cuba degan harga murah

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Rakyat Malaysia memang pantang melihat sesuatu yang tengah viral atau trending.

Dari makanan hingga minuman, asalkan nampak menarik, mereka sanggup beratur panjang.

Jika dulu teh boba pernah mencuri perhatian, kini giliran kedai teh estetik pula menjadi kegilaan.

Budaya minum teh di Malaysia semakin berkembang, seiring populariti kopi.

Tak hairanlah semakin banyak kedai teh moden tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Penggemar Teh ! Ini 6 Kedai teh estetik yang wajib anda cuba

Menariknya, kedai-kedai teh ini bukan sekadar tempat membeli minuman, malah menjadi lokasi santai untuk berkumpul atau membuat kerja.

Berikut adalah 6 kedai teh estetik yang wajib anda cuba!

1. CHAGEE
Kredit: Chagee Malaysia

Satu jenama teh premium yang semakin popular, Chagee menggabungkan konsep teh tradisional Cina dengan elemen moden.

Antara minuman laris mereka ialah:

White Peach Oolong Tea

Jasmine Green Milk Tea

Lychee Rose Oolong

Melon Oolong

Menariknya, Chagee sering mengadakan kempen seperti ‘Tear and Win’, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPad, MacBook, dan kosmetik mewah.

 

Info lanjut:

Laman web: Chagee

Instagram: @my.chagee

Facebook: CHAGEE MY

2. MIXUE

Kredit: Franchise Global

Mixue terkenal dengan minuman menarik pada harga berpatutan, bermula serendah RM4.

Jenama ini bermula dengan aiskrim sebelum memperluaskan menu kepada pelbagai jenis teh.

Pilihan popular:

Original Earl Grey Tea

Jasmine Tea

Info lanjut:

Laman web: Mixue Malaysia

Instagram: @mixue_malaysia_my

Facebook: MIXUE Malaysia

3. GONG CHA

Kredit: Klook Malaysia

Sebagai jenama teh susu Taiwan yang terkenal, Gong Cha kini menjadi rangkaian global dengan banyak cawangan di Malaysia.

Minuman kegemaran ramai:

Earl Grey Milk Tea

Milk Foam Green Tea

Signature Taro Milk Tea

Info lanjut:

Laman web: Gong Cha

Instagram: @gongchamy

Facebook: Gong Cha Malaysia

4. AUNTEA JENNY

Kredit: Auntea Jenny

Jenama yang dikenali dengan kepakaran teh susu ini berasal dari China dan kini mempunyai 12 cawangan di Malaysia.

Ciri istimewa Auntea Jenny adalah pelbagai pilihan teh susu premium yang sesuai untuk semua selera.

Info lanjut:

Laman web: Auntmilktea

Instagram: @aunteajenny.my

Facebook: Auntea Jenny MY

5. BEAUTEA

Kredit: Sunway Pyramid

Beautea menampilkan konsep premium dengan minuman berinspirasikan tradisi teh Cina.

Pilihan popular:

White Peach Oolong Milk Tea

Da Hong Pao Milk Tea

Info lanjut:

Laman web: Beutea

Instagram: @beutea.msia

Facebook: 茶仙子 Beutea MY

6. HEYTEA

Kredit: World Coffee Portal

HeyTea terkenal dengan pelbagai pilihan teh buah yang unik, termasuk menu popular mereka, teh keju. Rasanya yang variasi menjadikan ia pilihan kegemaran ramai.

Info lanjut:

Laman web: HeyTea

Instagram: HeyTea Malaysia

Facebook: HeyTea MY

Jadi, anda dah buat pilihan nak lepak di kedai teh yang mana? Cubalah semua dan nikmati pengalaman teh estetik yang menyeronokkan!

BACA: Syed Saddiq terciduk, permohonan semakan kehakiman ditolak

1 thought on “Penggemar Teh ! Ini 6 Kedai teh estetik yang wajib anda cuba degan harga murah”

Leave a Comment