Pengemis kudung ini sebenarnya miliki 5 aset cecah RM800,000!

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pengemis kudung ini sebenarnya miliki 5 aset cecah RM800,000!

Raih Simpati Jadi ‘Kudung’ Dan Berkerusi Roda, Pengemis Wanita Memiliki 5 Hartanah Dan Wang Tunai Lebih RM790,000.

Wanita menipu dengan berlakon seolah-olah kakinya kudung dan berkerusi roda untuk menjadi pengemis meminta sedekah.

Pengemis kudung ini sebenarnya miliki 5 aset cecah RM800,000!

Wanita di Mesir itu berbuat sedemikian bagi memudahkannya mengemis simpati daripada orang ramai dan seterusnya mendorong mereka untuk memberikan duit sedekah yang banyak kepadanya. Dia dikatakan aktif melakukan aktiviti tersebut di bererapa buah tempat di Kaherah, mesir.

Walaubagaimanapun, taktik wanita berusia 57 tahun itu terbongkar pada satu hari apabila ada orang melihat dia boleh berjalan seperti orang normal dan tidak memerlukan kerusi roda.

Menurut Gulf News, laporan polis telah dibuat terhadapnya kerana menipu dan pihak polis bertindak menahannya untuk disiasat.

Siasatan polis mendedahkan kebenaran mengenai wanita tersebut dan memang benar dia berkeadaan normal dan boleh berjalan seperti orang biasa dan bukannya kudung atau dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Lagi mengejutkan apabila siasatan lanjut mendapati wanita tersebut sudahpun mempunyai 5 bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia. Selain itu, dia juga mempunyai wang simpanan di bank sebanyak lebih kurang RM790,000!

Wanita itupun ditahan oleh polis dan dan bakal menerima hukuman setimpal. Walau sepandai manapun wanita ini cuba menipu, tapi akhirnya terbongkar juga akhirnya.

BACA: Kalau dah jodoh, warga emas usia 110 tahun pun masih laku keras, nikah dengan wanita umur 55 tahun