Pengeluaran KWSP atau dividen tetap tiada? Ini ulasan panjang

Oleh MHDAILY

Pengeluaran KWSP atau dividen tetap tiada? Ini ulasan panjang.

Saya sebagai penjawat awam yang berkhidmat di KWSP berasa terpanggil untuk menerangkan serba sedikit setuasi yang sedang di hadapi oleh kerajaan,

Kali ini saya akan sentuh isu KWSP, bukan dari perspektif kerajaan mahupun pembangkang . Sudah berapa kali pengeluaran KWSP 4x pengeluaran .

Pengeluaran KWSP atau dividen tetap tiada? Ini ulasan panjang

Sekali lagi, bukan mahu backup kerajaan…bukan juga mahu juga backup kalian yang nak keluarkan duit KWSP.

 

Makluman yang kami terima, wang KWSP jika mahu beri rakyat keluarkan…
KWSP dah tak ada kecairan nak beri. Kita sebagai pencarum melaunglah sebanyak mana sekali pun , desaklah sebanyak mana sekalipun tetap tidak dibenarkan dan sangat berisiko tinggi.

Pokok sebenar mengapa KWSP berkeras untuk tidak membenarkan ialah kerana KWSP sudah tidak boleh bayar duit kalian.

Duit yang kita carum setiap bulan itu, telah di buat pelaburan dalam beberapa projek utama kerajaan sebelum ini terlalu banyak yang telah digunakan tanpa pengetahuan kita sebagai pencarum. Keduanya, pihak kerajaan sebelum ini, di era PM8 dan PM9 telah menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan masalah covid, dan membenarkan 4x pengeluaran, dan kegunaan sektor pelaburan dengan jumlah yang terlalu besar ini menyebabkan setuasi menjadi bahaya dan terlalu berisiko,

Masih ingat PM9 kata belanja RM600bilion yang di dedahkan habis dalam tempoh beberapa bulan ? Dalam RM600b itu ada duit KWSP.

Masalahnya, KWSP tidak ada kecairan lagi nak di beri. Inilah fakta sebenar yang kita terpaksa terima,

Jika kalian berkeras nak keluarkan baki duit KWSP juga,

Pertamanya yang KWSP perlu buat ialah terpaksa lepaskan/jual beberapa pegangan projek besar contohnya konsesi Plus Highway.

KWSP perlu menjual pegangan semata² nak beri kita duit! Kemudian, masalah lain akan sampai iaitu “untung dividen”. Dividen pemegang unit simpanan kwsp hanya buleh beri 2%-3% keuntungan setelah banyak pegangan di lepaskan.

Persoalan sebenar, mengapa duit KWSP susut? Sebab pemerintahan kerajaan terdahulu. Berbelanja melebihi kepentingan dan kemampuan,

Untuk pengetahuan semua, tahun 2017 KWSP hampir2 melupuskan pegangannya dalam Plus Berhad. Sebab politik ketika itu antara 2014-2016 jadikan KWSP sebagai cagaran. Selain KWSP,
Petronas juga adalah lubuk duit bagi ahli politik. Bayangkan jika pegangan itu terlepas, ia akan mendatangkan masalah kepada pencarum.

Saya bukan nak backup Anwar mahupun kerajaan. Berdasarkan situasi & fakta sebenarnya ialah jika nak beri pencarum keluarkan duit, KWSP perlu jual bangunan, projek, pegangan saham…pendek kata mencairkan semua aset² yang ada semata nak ikuti kehendak kita.

Memang betul 70% pencarum KWSP hanya tinggal RM10k dalam KWSP. Lagi 30% itu dah tentu lebih. Sekiranya pengeluaran bersasar sekali pun di beri kepada 30% pencarum KWSP…tetap perlu mencairkan aset untuk tampung pembayaran.

Idea yang betul dan tepat boleh cagarkan duit kwsp untuk loan bank itu tak popular . Dari satu perspektif, duit kalian itu tak terusik…cuma perlu hadap interest bank. Di sana, akan datang faktor lain pula sekiranya tak dapat bayar loan bank, duit kwsp tadi tetap akan di gunakan bayar loan.

Tindakan yang tidak popular tapi terpaksa. Memang kalian akan hina & caci kerajaan apatah lagi Anwar sebagai PM terpaksa menghadapi setuasi yang di tanggung KWSP walaupun bukan daripada kesilapannya,

Tindakan yang tidak popular ini sebenarnya penyelamat untuk diri kalian sendiri sebenarnya.

Pemerintahan kerajaan perpaduan baru melintasi 4 bulan, bahana yang kerajaan tanggung kini ialah hutang yg di tinggalkan pentadbiran lalu terlalu besar untuk di tanggung iaitu melebihi 1.5trililion.
Tentang angkara PM yang mana yang menyebabkan negara terpaksa menanggung beban hutang ini anda saya tidak mahu ulas kebanyakan semua sedia maklum.

Mahu tak mahu kena hadapi kena urus dengan cermat berhemat hutang negara ini yang menjadi beban untuk sesiapa sahaja yang memerintah barulah saya faham kenapa kerajaan mengambil langkah² penjimatan yang sangat drastik barulah saya faham kenapa PM tangguhkan dahulu desakan CUEPACS untuk menaikkan gaji barulah saya faham kenapa PM tangguhkan janji untuk turunkan harga minyak kerana beban berat yang di tanggung akibat hutang ini sangat berat insyaallah jika kerajaan dapat mengatasi dan mengurangkan beban hutang ini insyaallah kerajaan pasti mendengar suara rakyat seperti yang di ucapkan PM kepada CUEPACS agar bersabar dahulu buat ketika ini sama² kita memahami setuasi

Sekali lagi, saya menulis bukan nak ikut perspektif kerajaan. Tapi, nak menerangkan contoh seandainya saya duduk sebagai Pengarah sesebuah syarikat…
bagaimana langkah yang perlu di ambil untuk survival company. Memang tindakan tidak popular, tapi ketika hutang negara yang terlalu besar…dan tindakan untuk tidak menjual aset yang memberi pulangan demi ingin mendapatkan kecairan duit, tindakan yang tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan.

Kita belum bebas lagi daripada gejala wabak covid, dari pandemik ke endemik .

Duit KWSP & Petronas nampak sebagai aset yang berguna. Apabila pemimpin salah buat percaturan perbelanjaan melebihi kemampuan
Ketika hutang terlalu tinggi ,kesan dan akibat pada rantaian ini,

*Inilah yang sedang KWSP alami. Anwar sebagai PM terpaksa uruskan situasi yang sukar ini.

Jika desakan daripada rakyat terlalu banyak, kemudian di benarkan juga pengeluaran…
beberapa pegangan yang beri pulangan dan hasil terpaksa dilupuskan dan tahun hadapan % dividen tetap akan berkurang.

Jadi inilah antara realiti & hak pencarum, tindakan tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan. Tambah lagi, bagi had umur pencen 55tahun…bila2 masa saja boleh di keluarkan tak jadi masalah pun. Umur lepas 55 tahun pun dah boleh nak keluar setiap bulan tanpa ada masalah.

Masalahnya ialah kepada rakyat kebanyakan yang belum menghampiri pengeluaran KWSP umur wajib.

KWSP seperti yang kita sedia maklum adalah wang simpanan hari tua atau selepas pencen memang tidak boleh di keluarkan sebelum waktunya melainkan atas sebab² yang tertentu sekiranya di benarkan keluar dengan sewenangnya maka apa tujuan KWSP di tubuhkan.

BACA:

“Mak kenapa kita tak solat? Sekali ini jawapan mak, sejak dari itu aku tak tanya mak dah pasal solat”

Bagaimana Hong Kong boleh jadi bandar paling kaya dalam dunia dengan pantas, ini kisahnya