Pengantin wanita dihalau bakal mak mertua sendiri, rupanya bukan janda tapi masih lagi isteri orang!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Penipuan seorang wanita yang mengaku janda telah terbongkar semasa majlis perkahwinan, mengakibatkannya dihalau oleh mertuanya sendiri.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah gereja di Daerah Deli Serdang pada Selasa, 15 Oktober 2020.

Pengantin baru, Rina Boru Nasution, 26, dan Toni Sihombing, 32, sepatutnya menyambut hari bahagia mereka,

Pengantin wanita dihalau bakal mak mertua sendiri, rupanya bukan janda tapi masih lagi isteri orang!

namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan kerana pengakuan palsu Rina yang mendakwa dirinya sebagai janda, padahal sebenarnya masih mempunyai suami.

Ketegangan muncul apabila suami sebenar Rina muncul di gereja untuk menghalang perkahwinan itu, menyatakan bahawa dia adalah suami sah bagi wanita tersebut. Kejadian itu segera menjadi heboh, dan keluarga pengantin lelaki terkejut dengan perkembangan tersebut.

Video dan gambar-gambar dari kejadian itu menjadi viral di media sosial, memperlihatkan pengantin perempuan diiringi oleh anggota polis, sambil diperhatikan oleh tetamu yang terkejut.

Rina sebelum ini mengaku janda kerana kematian suaminya, tetapi pengakuan tersebut terbukti palsu apabila suaminya muncul pada hari majlis perkahwinan.

Gereja kemudian membatalkan perkahwinan tersebut, dan cincin emas yang telah dipasang pada jari pengantin perempuan dirampas oleh keluarga pengantin lelaki.

“Dia penipu! Dia penipu! Kata janda, tetapi rupanya masih ada suami, tiga anak,” jerit seorang lelaki dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Delitua, Efianto, menyatakan bahawa pihak keluarga pengantin lelaki meminta polis membawa wanita tersebut ke balai polis untuk tindakan lanjut. Polis juga menerima laporan daripada suami Rina.

Semasa dibawa ke balai polis, Rina meluahkan kesal dan tangisan atas tindakan suami dan bakal mertuanya.

Polis menasihatkan pasangan tersebut untuk menyelesaikan perkara tersebut secara aman tanpa melibatkan kekerasan, dan pasangan itu bersetuju agar tiada tindakan undang-undang diambil terhadap Rina.

BACA: ‘Setinggi tupai melompat akhirnya jatuh juga’, kegiatan ‘Askar’ pakai uniform pikat wanita terbongkar