Sebuah video yang menghebohkan masyarakat telah menjadi tular di media sosial,
menunjukkan seorang wanita yang terperangkap dalam bilik disebabkan kunci yang tidak dapat dibuka.
Dalam rakaman yang dimuat naik di platform TikTok, detik-detik cemas itu berlaku pada hari pertunangannya sendiri.
Dalam kapsyen video tersebut, kejadian itu berlaku ketika bakal ibu mentuannya cuba memasuki bilik tersebut untuk menyerahkan cincin pertunangan.
Masalah ini hanya dikesan oleh tuan rumah setelah diberitahu oleh ahli keluarga yang berada di luar bilik.
Namun, dalam situasi yang tidak menyenangkan itu, pintu tersebut juga gagal untuk dibuka dari dalam bilik.
Beberapa individu dapat dilihat berusaha dengan gigih untuk membuka pintu menggunakan pelbagai alat dan teknik.
Menerusi artikel ini, kami ingin berkongsi cara mudah untuk membuka pintu bilik yang terkunci, sama ada dari luar atau dalam.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Ambil kertas atau kad yang keras dan fleksibel.
2. Lipat dua bahagian sehingga ia benar-benar keras.
3. Gunakan hujung lipatan kertas yang keras untuk diselit pada celah pintu.
4. Pastikan celah pintu di mana tempat lock itu boleh dicapai dengan bucu kertas.
5. Tolak kertas secara perlahan-lahan sehingga pintu terbuka dengan sendiri.
Selain daripada kertas, kaedah ini juga boleh digunakan dengan menggunakan pembaris atau kad bank dan yang seumpamanya.