Baru beberapa minit selepas majlis ijab kabul, seorang lelaki bernama Kholid terpaksa menerima kenyataan pahit
apabila isteri tercintanya, Rika Amiyana, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku semalam.
Pasangan ini dikatakan telah menjalin hubungan cinta selama lima tahun, sejak zaman sekolah lagi.
Namun, siapa sangka, impian mereka untuk menjalani kehidupan bersama kini hanya tinggal kenangan.
Rebah selepas acara meminta restu daripada ibu bapa
Masih berpakaian pengantin dan baru sahaja berpelukan dengan ibu bapa, Rika dilaporkan rebah secara tiba-tiba di atas pelamin.
Keluarga segera membawanya ke pusat rawatan, namun takdir menentukan segalanya. Majlis perkahwinan yang sepatutnya dirayakan dengan penuh kegembiraan akhirnya bertukar menjadi majlis tahlil.
Menurut keluarga terdekat, Rika sudah menghidap masalah jantung sejak berusia 4 bulan. Sebelum pernikahannya, Rika sempat menerima vaksin tetanus (TT) untuk mengelakkan kancing gigi.
Namun, didakwa perawat pada masa itu tidak menanyakan terlebih dahulu mengenai sejarah kesihatan Rika sebelum menyuntiknya.
Tangan dan kaki kiri Rika mula membengkak, dan menjelang hari pernikahan, dia semakin merasa tidak sihat dan kesejukan.
Malah, jurusolek yang menyiapkan penampilan Rika pada pagi pernikahan turut menyedari keadaan kliennya yang kelihatan tidak bermaya.
BACA: Anak terkilan mak baru meninggal, saudara-mara minta baju dan beg tangan arwah