Pengampunan Najib Razak, sekali Setiausaha Lembaga Pengampunan terpaksa dedah cerita sebenar.
Kertas rayuan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipertimbangkan untuk dibawa
ke mesyuarat Lembaga Pengampunan pada waktu yang sesuai selepas tidak dibincangkan pada persidangan Jumaat lalu.
Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.
“Urus setia Lembaga Pengampunan ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Datuk Seri Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini.
“Sebaliknya, kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” katanya yang juga Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dalam persidangan ke-59 Lembaga Pembangunan pada 28 April lalu di Istana Negara, beliau memaklumkan, lembaga berkenaan telah mempertimbangkan sebanyak 10 kes rayuan pengampunan mengikut Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000.
Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Raja atau Yang di-Pertua Negeri pula berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negeri terbabit.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menjelaskan Lembaga Pengampunan tiada jadual tetap untuk bersidang.
Peguam, Datuk M Reza Hassan pula dilaporkan berkata, biasanya proses atau prosiding lembaga itu dilangsungkan secara ‘halus’ dan tidak diuar-uarkan, ada kalanya bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonan bekas Perdana Menteri untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Dalam permohonannya, Najib, 69, memohon membatalkan keputusan yang dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu kemudiannya dikekalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 9 Disember 2021.
BACA:
Data peribadi pelanggan AKPK bocor, terdedah dalam ‘dark web’
Sempena bulan syawal, Jasmine Suraya masuk Islam? Ini jawapan tuan badan