Tular sebuah video yang menunjukkan penemuan sehelai kain kapan mengandungi gambar seorang pemimpin parti politik di kawasan perkuburan.
Dalam video tersebut, kain putih itu diikat menyerupai jenazah yang sudah dikafankan dan ditemui di sebuah kawasan perkuburan di Pulau Madura, wilayah Jawa Timur.
Seorang individu kelihatan membuka bungkusan kain itu dan mendapati serpihan tembikar,
bunga kering, beberapa bilah pisau cukur, dan foto seorang wanita.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya memberitahu bahawa gambar wanita itu ialah Juliana Eva Wati,
seorang ahli DPRD Parti Amanat Nasional (PAN) dari bahagian Kota Semarang.
Selepas mendapat tahu mengenai penemuan tersebut, Juliana mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memaklumkan perkara itu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada anda yang menemui objek itu dan kepada mereka yang memberitahu maklumat ini.
“Saya menerima apa jua yang berlaku dengan hati yang terbuka dan tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa pun,” ujarnya.
Penemuan objek-objek aneh di dalam kain putih atau kain kafan biasanya dikaitkan dengan amalan ilmu hitam yang bertujuan untuk menyihir seseorang.
BACA: ‘Jangan pakai tayar spare..’ Ada tayar spare tapi tak boleh guna, sebab apa?