Pengadil kontroversi Vietnam VS Malaysia luah sesuatu di media sosial buat semua terkejut

Oleh MHDAILY

Pengadil kontroversi Vietnam VS Malaysia luah sesuatu di media sosial buat semua terkejut. Pengadil Jepun, Ryuji Sato merayu kepada peminat bola sepak Malaysia supaya tidak menyerang akaun media sosial miliknya kerana ia dibaca oleh ahli keluarganya.

Ryuji dalam satu hantaran di akaun media sosialnya turut memohon maaf kepada peminat bola sepak Malaysia.

“Saya menerima banyak mesej daripada peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan (memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada Azam Azmi) dalam perlawanan malam tadi.

“Presiden FIFA telah menghubungi saya dan mereka akan membuat penilaian mengenai cara pengadilan saya ketika perlawanan berlangsung,” katanya.

Pengadil kontroversi Vietnam VS Malaysia luah sesuatu di media sosial buat semua terkejut

Ryuji turut memohon supaya peminat tidak menyerang akaun Instagram miliknya kerana dia mempunyai keluarga dan mereka membaca semua komen yang ditinggalkan.

Malam tadi, Malaysia kalah 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan yang cukup kontroversi apabila Azam dilayangkan kad merah selepas menerima terjahan keras daripada pemain Vietnam, Van Hau.

Bukan itu sahaja, Ryuji turut memberikan sepakan penalti kepada Vietnam yang menyaksikan semangat anak buah Kim Pan-gon terus luntur sehingga wisel penamat dibunyikan.

BACA:

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

Terungkai persoalan kenapa nombor plate kenderaan di Perak bermula huruf ‘A’