Penempatan ‘misteri’ pendatang haram di Genting Highlands akhirnya terbongkar

Penempatan ‘misteri’ pendatang haram di Genting Highlands akhirnya terbongkar

Perkampungan pendatang haram di Genting Highlands tersorok dalam lembah.

Lebih 48 pendatang asing haram telah ditahan apabila sebuah perkampungan pendatang haram ditemui dan diserbu di salah satu lembah Genting Highlands.

Tinjauan mendapati perkampungan itu terdiri daripada rumah-rumah panjang yang dibina daripada sisa bahan projek binaan dan terletak berhampiran sungai sebagai sumber air.

Perkampungan itu tersorok dari jalan utama gunung itu, dan jalan pasir dibuat sebagai jalan keluar masuk.

Penemuan perkampungan ini adalah secara kebetulan.

Berpunca daripada kes positif Covid19 melibatkan pendatang asing yang telah merentas negeri untuk menziarah kawannya.

Usaha pengesanan kontak mendapati lawatan itu adalah ke perkampungan haram itu.

Lanjutan kontak itu, KKM perlu membuat usaha saringan dan pengesanan kes positif di kawasan itu.

Jabatan Imigresen telah bekerjasama dengan KKM untuk menaikkan pusat saringan di perkampungan itu.

Di samping itu, semakan status penempatan adalah tidak berpermit, dan penduduk di kawasan itu turut tidak mempunyai kebenaran sah untuk berada di dalam Malaysia.

Keseluruhan penduduk perkampungan haram itu ditahan untuk usaha kuarantin dan pengenal pastian status.

Sumber :