Penduduk puncak alam terkejut penemuan ‘buaya besar bas’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Penduduk puncak alam terkejut penemuan ‘buaya besar bas’

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan gambar seekor buaya

menyusuri Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini yang tular di media sosial diambil oleh seorang pemancing semalam.

Penduduk puncak alam terkejut penemuan 'buaya besar bas'

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran buaya itu kira-kira jam 9.30 pagi

“Hasil siasatan kami mendapati pengadu yang juga pemancing berusia 41 tahun melihat buaya itu ketika memancing di kawasan berkenaan.

“Pemancing yang berasal dari Puncak Alam kemudian bertindak mengambil gambar reptilia berkenaan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.

Menurut Haidar, kakitangannya telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Malah, tindakan segera diambil untuk keselamatan khususnya pengunjung dan pemancing yang menyusuri sungai itu berikutan ia menjadi tumpuan habitat kelip-kelip,” katanya.

Haidar berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti rekreasi di sungai dan memaklumkan pada pihak Perhilitan sekiranya terlihat reptilia itu.

“Sebarang aduan, orang ramai boleh salurkan terus ke Hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, gambar seekor buaya menyusuri sungai di Kampung Kuantan di sini, tular di media sosial Facebook semalam.

Sebuah laman Facebook yang memuat naik status itu memaklumkan, reptilia yang ditemui di Sungai Selangor itu terlalu besar.

“Sado Sungai Selangor kawasan Kampung Kuantan. ‘Besar bas’ guys,” katanya.

Status dan gambar yang dimuat naik Ahmad Mustain itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook lain.

BACA: Pendapat Azwan Ali terhadap golongan ‘pelangi’ buat ramai terkejut