Penduduk gempar pokok durian berusia 150 tahun masih mengeluarkan hasil curi tumpuan netizen.
Penduduk dan pelancong memenuhi sebuah dusun yang mempunyai pokok-pokok durian berusia 150 tahun di wilayah Trang,
Thailand bagi merasai keenakan rasanya selain ia turut dijual pada harga 50 baht (RM6.65) setiap kilogram, lapor laman berita Thaiger semalam.
Permintaan raja buah tersebut telah melebihi bekalan sehinggakan pelanggan berpusu-pusu untuk membeli pelbagai jenis durian dari dusun unik spesies asli itu.
Sathit Rammana merupakan pemilik dusun tersebut. Menurutnya, nenek moyangnya menanam lebih 60 pokok durian asli di dusun berkenaan.
Daripada jumlah ini, hanya dua pokok bernama Chao Hua Laan dan Chao Si Mok berusia lebih 150 tahun.
Pokok-pokok itu mengeluarkan buah durian pertama mereka pada musim ini yang berlangsung selama 20 hari dari pertengahan Mei hingga awal Jun ini.
Kumpulan kedua akan menyusul pada pertengahan Jun hingga Julai depan manakala setiap pokok menghasilkan kira-kira 20 hingga 30 buah durian.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli, para pelanggan boleh merasai buah berkualiti premium yang mempunyai isi tebal, kuning, wangi, manis dan licin.
Memandangkan permintaan melebihi penawaran, pelanggan perlu membuat tempahan awal atau mereka perlu kembali keesokan harinya untuk merasai durian berusia lebih 150 tahun itu.
BACA:
Tak pernah dibuat orang! Wanita ini nekad beli gelang emas guna duit syiling undang reaksi netizen