Pendidikan online? Maszlee dedah realiti sebenar masalah pelajar

Oleh MHDAILY

Di seluruh negara, hanya 6% ke 9% murid sahaja yang memiliki laptop atau tablet sendiri.

Hanya 49.3% sahaja keluarga B40 yang mempunyai talian internet di rumah.

Bahkan pemilikan telefon pintar juga hanya pada kadar 46% sahaja.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Semua data ini boleh dirujuk dari kajian oleh Khazanah Research Institute (KRI).

Ini realiti yang harus kita terima, ketika hampir 4.9 juta anak-anak seluruh negara terpaksa berada di rumah dan perlu melaksanakan kelas dalam talian.

Benar, pandemik Covid-19 ini melanda seluruh dunia. Namun kita juga harus segera beradaptasi. Realiti yang kita hadapi tidak memungkinkan anak-anak kita untuk belajar dengan selesa di atas talian.

Untuk warga yang terjejas dengan pandemik ini, isu ekonomi adalah isu utama.

Namun untuk anak-anak kecil, yang masih belum boleh membaca, yang menunggu untuk menduduki ujian SPM, semuanya begitu kabur.

Pasti ada sesuatu yang boleh kita semua lakukan. Pasti ada usaha yang boleh kita gerakkan. Saya percaya jika kita semua berganding bahu, ada perkara bermanfaat yang akan berjaya kita hasilkan.

Saya percaya kepada perubahan. Saya percaya kita semua boleh berfungsi jika kita bergabung. Saya tetap percaya, kesulitan yang kita alami hari ini akan menguatkan kita semua.

Ubah pendidikan. Ubah masa depan.

Sumber :