Pendapat Azwan Ali terhadap golongan ‘pelangi’ buat ramai terkejut

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pendapat Azwan Ali terhadap golongan ‘pelangi’ buat ramai terkejut

Pengacara berpengalaman, Azwan Ali menerusi satu podcast yang dikendalikan Bros Gang TV memberikan pendapatnya tentang LGBT di Malaysia.

Kata Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, seseorang individu itu perlu tahu di mana untuk meletakkan diri mereka di dalam isu LGBT ini.

Pendapat Azwan Ali terhadap golongan 'pelangi' buat ramai terkejut

Saya suka LGBT. Kalau kita nak bercakap pasal LGBT senang je, anda kena tahu letak diri anda di mana dalam isu ini. Sama ada suka atau tidak. Sebab itu saya jawab suka, berbeza dengan orang yang tidak suka.”

Tambahnya, isu tersebut tidak perlu di ‘hype‘ terutamanya oleh seseorang yang mempunyai pengaruh besar seperti menteri kerana isu ini merupakan sesuatu yang sensitif.

Dia turut menambah, mana-mana individu yang mahu berbicara soal LGBT perlulah berlapik supaya tidak menyakiti mana-mana pihak.

Kalau orang tu suka isu LGBT ni, kita jangan asingkan (pulau) dia. Itu hak dia (untuk bersuara), kita hormat antara satu sama lain Ini soal aib, ia sangat sensitif. Jadi kita lihat mereka, senyum dan itu sahaja.”

Podcast itu dimuat naik beberapa minggu lalu namun isu LGBT di Malaysia masih menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat terutamanya di media sosial.

Apatah lagi sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan mengatakan homoseksual bertentangan dengan bukan sahaja undang-undang jenayah syariah tetapi juga undang-undang sivil.

BACA: Tak sangka betul nilai RM1 lama ini boleh cecah 5 angka! Tak ramai simpan dah sekarang