Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa.
Namun, sebagai hamba Allah, kita harus sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.
Antara dosa yang sering berlaku ialah meninggalkan solat, rukun Islam yang kedua.
Sama ada disengajakan atau tidak, ia mungkin berpunca daripada pengaruh persekitaran, kesibukan kerja, kelalaian, atau faktor lain.
Persoalan timbul, bagaimana cara menunaikan qada solat jika jumlah solat yang ditinggalkan terlalu banyak dan tidak diketahui bilangannya?
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan persoalan ini dalam satu hantaran di Facebook beliau:
“Seorang yang tidak tahu berapa banyak solat yang telah ditinggalkan wajib qada sehingga dia yakin jumlahnya mencukupi. Menurut sesetengah ulama, qada perlu dilakukan sehingga timbul keyakinan bahawa jumlah solat yang tertinggal telah dilangsaikan.”
Beliau turut menyertakan pandangan ulama fiqh, Syaikh Abdurrahman Al-Jaziri:
“Barang siapa yang tidak pasti jumlah solat yang tertinggal, dia wajib qada sehingga yakin selesai tanggungannya mengikut Mazhab Syafie dan Hambali.
Mazhab Maliki dan Hanafi pula menyatakan memadai jika berat sangkaannya bahawa hutang solat tersebut telah dilangsaikan.”
Kesimpulannya, setiap insan perlu berusaha memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah. Solat yang ditunaikan dengan penuh keikhlasan pasti diterima oleh Allah.
Semoga panduan ini bermanfaat dan mendorong kita untuk terus istiqamah dalam beramal. Selamat beramal!
BACA” Duduk sebab lenguh, tapi bila duduk makin lenguh! Ramai tak puas hati dengan kerusi di tempat awam