Penat diseksa ketika berumahtangga, wanita ini seronok dapat sijil cerai undang perhatian netizen.
Seorang wanita yang berlari kegembiraan selepas bercerai dengan suaminya menjadi tular sekaligus mencuri tumpuan pengguna media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @tinamomami92, wanita bertudung itu berlari ke arah kereta sambil ketawa terbahak-bahak.
Dalam rakaman itu, wanita itu nampaknya tidak bersedih setelah disahkan sudah berpisah dengan suami.
Sebaik masuk ke dalam kereta, wanita itu meluahkan rasa syukur setelah akta cerai kini berada dalam genggaman tangannya.
Ya Allah, keluar juga akta ceraiku. Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, aku sudah bercerai.
Akta cerai, terima kasih Ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini.
@tinamomami92 Alhamdulillah Cerai 🤲 #viral #fypã‚· #cerai #janda #mamamuda #fyp #viralvideo #sulawesitenggara ♬ suara asli – May Tina Momami
Sementara itu, di ruangan komen, wanita itu memaklumkan suaminya melakukan kekerasan rumah tangga (KDRT) serta menjalin hubungan sulit (curang).
Kata wanita berumur 31 tahun itu, dia kini boleh menjalani kehidupan baru dengan lebih tenang.
Pulang ke rumah dan tidur lena.
Difahamkan, video terbabit telah mendapat tontonan lebih daripada 2.6 juta selepas dikongsikan kepada umum.
BACA:Â
Gara-gara nafsu, remaja tak peduli orang awam, lepas nafsu atas motor tepi kubur