Penampilan Iman Troye buat peminat terbayang sesuatu. Penyanyi baharu, Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin sering menjadi bualan ramai meskipun baru sahaja ‘bertapak’ dalam dunia hibvran.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik olej Iman di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar dirinya dengam menitipkan ucapan selamat tahun baru kepada para pengikutnya.
“Selamat tahun baru sayang! Dah lama Iman tak pakai bawal, cantik tak? Apa-apa pun, bercuti tu elok-elok tau semua. Nanti apa-apa kongsikan perkembangan kat direct message (DM) okay!,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi Iman Troye, 21, menepis spekuIasi mendakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pempengaruh media sosial hanya kerana muncul dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Tegas Iman, mereka bukan pasangan kekasih seperti didakwa dan hubungan tidak lebih sekadar kawan.Secara kebetulan, kawan saya adalah rakannya. Dari situ, kami mula berkenalan.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah gadis yang berusia 21 tahun itu adalah iras dengan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida.
Mana tidaknya, netizen mendakwa ada beberapa bahagian wajahnya adalah sangat mirip seperti usahawan tersebut terutamanya di bahagian bibir. Pun begitu, ramai yang memuji Iman dilihat semakin cantik dan turut menitipkan ucapan tahun baru buat penyanyi kelahiran Selangor itu.
BACA JUGA :
Pelakon siri popular ‘Nur’ Kamsani Ismail meninggal dunia
JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti ‘haprak’
Atlet MMA buat perangai gangster dalam pesawat, last-last kena halau