Pemuda terpaksa gagahkan diri terima scroll ijazah selepas 6 jam ayahnya meninggal

Oleh MHDAILY

Pemuda terpaksa gagahkan diri terima scroll ijazah selepas 6 jam ayahnya meninggal. “Detik Gembira Bertukar Duka” Graduan Gagahkan Diri Hadir Terima Skrol Ijazah, Ayah ‘Pergi’ 6 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen

Menurut graduan tersebut, sebaik sahaja sampai di h0spital bapanya itu kemudian dis4hkan sudah meninggl duni4. Hari konvokesyen merupakan detik bersejarah yang dinantikan oleh setiap individu yang bergelar mahasiswa.

Malah ketika inilah mereka ingin mendedikasikan kejayaan tersebut selepas berhempas-pulas selama beberapa tahun untuk membanggakan ibu bapa.

Bapa meninggl beberapa jam sebelum majlis konvokesyen

Namun siapa sangka hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar menjadi duka apabila bapa kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggl dunia pada jam 1 pagi (1 November) sebelum majlis graduasinya berlangsung.

Pemuda terpaksa gagahkan diri terima scroll ijazah selepas 6 jam ayahnya meninggal

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi UniSZA, graduan yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, memaklumkan bapanya Mokhtar Mat Isa berusia 65 tahun j4tuh di sebuah inap desa di Teluk Ketapak, Terengganu, pada awal pagi tadi disebabkan mengalami ser4ngan j4ntung.

Bapa disahkan meninggl dunia, gagahkan diri hadir untuk terima skrol

“Melihat keadaan ayah semakin teruk, saya terus membawanya ke H0spital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menaiki kereta namun sampai sahaja di h0spital ayah disahkan meninggl dunia,” katanya.

Walaupun berduka dengan kehilangan bapa yang disayangi, graduan ini tetap menguatkan dirinya untuk hadir menerima ijazahnya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-14 pada pagi tadi.

Skrol berkenaan kemudian disampaikan oleh Pro Canselor UniSZA, YM Tunku Datuk Nooruddin Tunki Datuk Seri Shahabuddin.

Bapa teruja nak datang

Menurut graduan yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian ini, bapanya merupakan insan yang paling teruja untuk ke majlis tersebut memandang ia adalah pengalaman pertama buat keluarganya.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan jenazah bapanya itu sudah dibawa pulang ke Kampung Selayang Baru pada pukul 8 pagi tadi, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Baru, Selangor, hari ini.

BACA:

Punyai darah ‘unik’, Azhan Rani dedah dah derma darah kali-50

AJK masjid mengamuk marah pelajar isi air dalam botol dikecam, dakwa ini untuk jemaah sahaja

Rupanya ini asal nama ‘Kak Lina Kepom’ yang ramai tak tahu