Pemuda ini tak kisah dihina kerana kerja sebagai pengutip sampah, rupanya gaji yang dia dapat buat ramai terkejut

Oleh MHDAILY

Pemuda ini tak kisah dihina kerana kerja sebagai pengutip sampah, rupanya gaji yang dia dapat buat ramai terkejut.

Lelaki ini tidak peduli kata orang, sanggup digelar sebagai pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan.

Bukan satu perkara baharu untuk seseorang rakyat Malaysia memilih negara jiran, Singapura sebagai sumber menjana pendapatan mereka.

Pemuda ini tak kisah dihina kerana kerja sebagai pengutip sampah, rupanya gaji yang dia dapat buat ramai terkejut

Dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi dari dolar Singapura ke Ringgit Malaysia, langkah mencari pekerjaan di Singapura dan kesanggupan untuk berulang-alik dari Johor pada setiap hari merupakan sesuatu yang boleh dianggap normal pada zaman ini.

Begitulah kehidupan seorang jejaka tempatan dari Johor Bahru ini, pekerjaan yang dipilih olehnya di Singapura sedikit berbeza berbanding individu lain. Lelaki ini dikenali sebagai Ezzaiky yang berkongsi kisah hidupnya, mengapa dirinya sanggup bergelar seorang pengutip sampah di Singapura.

Katanya, dia boleh memperolehi pendapatan bulan sekitar RM6,000 ($1,870) hingga RM9,600 ($2,980).

Biarpun dia mengakui kehidupan bekerja di Singapura tidaklah seindah yang dijangka, dia masih bersyukur kerana kini mempunyai pekerjaan yang stabil. Ia sedikit sebanyak membuatkannya lebih bersemangat serta tidak merungut.

Ada yang mempersoalkan keinginannya bergelar seorang pengutip sampah, namun beliau memberi respon mengatakan peratusan pekerja di Malaysia yang memperolehi gaji lumayan tidaklah tinggi dan ia selalu tertumpu kepada golongan yang mempunyai kelayakan pendidikan berprestij.

“Bekerja di Singapura bermakna saya perlu kuat. Saya kena hadap kesesakan trafik dan sebagainya, tapi saya tidak merungut kerana saya bersyukur ada pekerjaan”

Lelaki ini juga mengatakan bukan beliau tidak mahu kerja di sebuah kilang kerana sudah terbiasa bekerja di luar dan bila mendapat pekerjaan yang perlu duduk setempat dirinya mudah mengantuk dan tidak senang duduk.

“Saya bukan tak nak kerja kilang. Dulu saya dah pernah try kerja kilang tapi tak boleh sebab saya sudah terbiasa kerja di luar. Bila perlu duduk setempat, saya jadi tak senang duduk dan mengantuk”

Dari kisah lelaki ini kita boleh lihat, usaha darinya yang bukan senang untuk menyara hidup sendiri serta keluarga apatah lagi di negara orang.

BACA:

Pakcik umur 75 tahun tahan sebak datang minta kerja, rupanya ini kisah sebenarnya

“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan”, David Teo tergoda dengan isteri orang?