Pemuda Amanah desak penganjuran acara tidak bermoral dibatalakan serta-merta!
Pemuda AMANAH Nasional membantah keras penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar iaitu Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac ini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pemuda AMANAH Nasional memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu yang menjijikkan, biadab serta tidak menghormati sensitiviti majoriti masyarakat Malaysia apatah lagi diadakan dalam bulan suci umat Islam di negara ini.
Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan keterlaluan yang songsang ke dalam negara kita.
Sehubungan dengan itu, pihak Pemuda AMANAH Nasional akan menghantar satu surat bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk segera menguatkuasakan larangan acara terbabit serta acara seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.
Pemuda AMANAH Nasional percaya Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil langkah-langkah tegas menangani hal ini.
Senator Mohd Hasbie Bin Muda
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
BACA:
Waspada dengan premis kecantikan ini, ada yang ajak buat ‘projek’ di hotel
Rupanya api warna oren di dapur gas adalah petanda tidak baik? Ini ceritanya yang korang tak tahu