Seorang selebriti TikTok yang berkongsi tips mengelak membayar tambang kereta api dengan pengikutnya telah ditahan
Dan didenda sebanyak RM4,548, seperti yang dilaporkan oleh laman berita MailOnline semalam.
Sebelum dikenakan denda, wanita tersebut telah berkongsi banyak video di akaun media sosialnya yang menjelaskan
Bagaimana cara dia mengelak dari membayar tambang kereta api. Dia juga menggalakkan para pengikutnya untuk melakukan perkara serupa.
“Saya tidak pernah membayar harga penuh untuk perjalanan kereta api. Saya fikir dengan kenaikan harga, saya akan berkongsi tip dengan anda,” katanya dalam salah satu video.
Taktiknya termasuk duduk berhampiran tandas dan jika perlu, seseorang perlu bersembunyi di dalam tandas untuk mengelak dari pemeriksaan tiket.
Tiket kemudian boleh dibeli di perhentian paling murah, bukan destinasi sebenar yang hendak dituju.
Syarikat East Midland (EMR) memberitahu MailOnline bahawa video tersebut merupakan sebahagian daripada bukti terhadapnya.
Wanita tersebut dikenakan denda selepas siasatan dilakukan ke atasnya dengan kerjasama antara EMR dan Polis Pengangkutan British.
BACA: Pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Russia, penduduk kampung ini jadi ‘jutawan segera’