Peminat ‘ANU’ sila siap sedia… JPJ akan buka bidaan istimewa 19 Disember

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sekali lagi menarik perhatian dengan membuka tender untuk nombor pendaftaran kenderaan

siri ‘ANU’, yang akan dibuka untuk bidaan dari 19 Disember hingga 23 Disember, menggunakan platform dalam talian JPJeBid.

Keputusan bidaan akan diumumkan sehari selepas bidaan ditutup, iaitu pada 24 Disember.

Siri ‘ANU’ ini menjadi tumpuan warga maya kerana perkataan “anu” mempunyai makna ganda.

Ia sering digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk sesuatu secara tidak spesifik,

Peminat ‘ANU’ sila siap sedia... JPJ akan buka bidaan istimewa 19 Disember

namun dalam konteks percakapan harian, istilah ini juga boleh merujuk kepada kemaluan, yang menyebabkan ia menjadi bahan jenaka.

Rekod Sebelumnya:

Siri nombor plat sebelumnya seperti ‘AKU’ yang dikeluarkan JPJ Perak pernah mencatat nilai bidaan yang luar biasa,

dengan jumlah keseluruhan mencecah RM3.5 juta. Bidaan tertinggi dalam siri tersebut ialah:

AKU 1: RM207,898
AKU 8055: RM74,000
AKU 805: RM28,000

Dengan minat dan humor warga maya terhadap siri ‘ANU’, dijangka akan ada persaingan sengit untuk nombor tertentu, terutama kombinasi yang dianggap menarik atau lucu. I

ni sekali lagi menunjukkan kreativiti rakyat Malaysia dalam memilih nombor plat unik untuk kenderaan mereka

BACA: