Pemimpin Pas antara yang hadir beri sokongan kepada Najib

Pemimpin Pas antara yang hadir beri sokongan kepada Najib

Berdepan dengan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perkarangan Masjid Wilayah, dilihat lima khemah dipasang bagi penyokong semua berehat.

Makanan dan minuman juga disediakan dan penyokong juga dikehendaki memeriksa suhu badan dan mendaftarkan diri.

Penyokong yang ditugaskan memeriksa suhu badan penyokong dan memeriksa sekiranya terdapat gejala tidak sihat.

Selain itu, turut berada dalam perkarangan Masjid Wilayah merupakan YDP PAS Kawasan Pekan Abu Kassim Manap bersama beberapa ahli PAS lain.

Image may contain: 2 people, people sitting, shoes and outdoor

Ditanya berkenaan keputusan Najib, beliau berharap keputusan bekas perdana menteri itu tidak dicampur oleh politik.

“Saya harapkan kemenangan yang adil, tiada campur tangan. Saya yakin Bossku (Najib) akan baik baik sahaja. Insya-Allah,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536349

COMMENTS