Pemimpin Pas akhirnya keluar ‘gua’, beri reaksi kegagalan PRK Mahkota

Oleh FAHMI ABBAS

PAS segera memberikan respons setelah seorang pemimpin Umno menyatakan bahawa

Parti tersebut berada dalam penafian kerana gagal memenangkan Perikatan Nasional (PN) di Mahkota minggu lalu.

Menurut Ahmad Fadhli Shaari, PAS tidak “meroyan” apabila tewas dalam mana-mana pilihan raya

Sebaliknya, mereka melakukan kajian dan proses pasca-analisis untuk mengenal pasti kelemahan yang ada.

Keputusan daripada proses tersebut, katanya, tidak dihebahkan kepada umum atau media.

Pemimpin Pas akhirnya keluar 'gua', beri reaksi kegagalan PRK Mahkota

“Sama seperti ketika Umno tewas tahun lepas dalam PRK Kemaman dengan majoriti 37,220 undi.

Kami tidaklah meroyan dengan menagih komen daripada Umno untuk menjelaskan bagaimana seorang bekas Panglima Angkatan Tentera boleh tewas dengan majoriti yang sangat besar di pilihan raya!” katanya melalui media sosial tengah hari ini.

Kenyataan itu turut disertakan dengan laporan berita Malaysiakini yang disiarkan hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa PAS berada dalam penafian selepas kekalahan di Mahkota pada Sabtu lalu.

Mengambil contoh sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang berlapang dada, serta Presiden Gerakan, Dominic Lau, yang menunjukkan kebimbangan terhadap pola pengundian orang Melayu, PAS mengambil pendekatan yang berbeza.

BACA: Tak sangka! Ini topik perbincangan antara Anwar Ibrahim dan Khabib ramai nak tahu