Pemilik restoran nyaris rugi RM150,000, hampir tertipu dengan ‘kerajaan’

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Seorang lelaki, Asraff Jeffery, baru-baru ini berkongsi pengalaman di TikTok tentang kejadian

Di mana dia hampir menjadi mangsa penipuan tender palsu bernilai RM150,000.

Menurut perkongsian tersebut, syarikatnya dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai ‘wakil kerajaan’.

Individu itu memaklumkan bahawa syarikat Asraff telah dianugerahkan tender bernilai RM150,000.

Namun, Asraff mula meragui kesahihan tawaran tersebut.

Pemilik restoran nyaris rugi RM150,000, hampir tertipu dengan 'kerajaan'

Diminta Membeli Cenderahati RM30,000

Individu itu meminta Asraff membeli cenderahati bernilai RM30,000 untuk diagihkan kepada 30 tetamu majlis. Kecurigaannya meningkat apabila individu tersebut menyebut nama kementerian yang sebenarnya telah berubah sejak tiga tahun lalu.

“Saya siasat semula. Dalam surat tawaran itu, tertera nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, tetapi kementerian itu sudah tukar nama kepada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia,” kata Asraff.

Pemeriksaan Menemui Kejanggalan

Asraff kemudian mengambil inisiatif untuk menyemak maklumat tender di laman web rasmi kementerian berkenaan. Hasilnya, dia mendapati tiada maklumat mengenai tender tersebut, malah nombor tender yang tertera juga tidak wujud.

“Selepas buat pemeriksaan dan mengumpulkan bukti, saya yakin ini adalah satu penipuan,” jelasnya.

Peringatan Buat Orang Ramai

Asraff membuat keputusan untuk tidak meneruskan transaksi tersebut dan memilih untuk berkongsi pengalamannya sebagai peringatan kepada orang ramai.

“Perkongsian ini saya buat supaya lebih ramai sedar tentang taktik terbaru scammer yang menggunakan kaedah sebegini,” tambahnya.

Pengajaran: Sentiasa berhati-hati dan buat pemeriksaan menyeluruh terhadap tawaran mencurigakan, terutamanya apabila melibatkan jumlah wang yang besar.

BACA; Pengerusi PN berhak lantik setiausaha agung PN tanpa perlu bincang