Pemandu rally lenjan bawa Perodua Alza baru naik genting, penuh satu kereta! Setiap kali ada kenderaan baharu dilancarkan di Malaysia, Genting Highlands pasti menjadi ‘lokasi wajib’ untuk menguji kemampuan kenderaan berkenaan memanjat kawasan berbukit setinggi 1,865 meter itu.
Terbaharu, pemilik pertama Perodua Alza 2022, ‘Abang Gan’ daripada portal PanduLaju telah menunaikan permintaan orang ramai yang memintanya memandu MPV baharu itu menaiki Genting Highlands dengan seorang ‘tetamu istimewa’ — YS Khong, salah seorang figura automotif tempatan dan bekas pemandu rali profesional.
Dalam video berkenaan Perodua Alza serba baharu itu dimuatkan dengan kapasiti penuh seramai 6 orang. Walaupun berat kenderaan bertambah, namun ‘Uncle YS Khong’ tenang memandu MPV tersebut dengan cekap dan profesional hasil pengalamannya sebagai Juara Rali Malaysia 5-Kali.
Perkongsian video itu telah mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada warganet yang sudah lama ternanti-nantikan ‘jawapan’ sama ada Perodua Alza 2022 larat untuk menaiki Genting Highlands.
Semua persoalan anda mengenai Perodua Alza 2022 hampir terjawab di dalam video berdurasi hampir 18 minit itu. Anda boleh tonton penuh video tersebut yang kami kongsikan di atas.
Pelbagai tips dan pesanan yang dikongsikan oleh ‘Uncle YS Khong’ dan ‘Abang Gan’ kongsikan sepanjang perjalanan pandu uji mereka menaiki Genting Highlands.
Paling penting sekali kata mereka berdua, sentiasa memandu secara bersopan dan berhemah kerana kita berkongsi laluan yang sama dengan pengguna jalan raya lain.
BACA:
Pegawai kerajaan ‘diharamkan’ beri kenyataan