Pemancing jumpa kayu balak ditepi pantai sekali lain pula yang jadi

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pemancing jumpa kayu balak ditepi pantai sekali lain pula yang jadi.

Dua orang pemancing terkejut dan hampir tidak percaya apabila menemui bangkai ikan matahari gergasi yang terdampar di pantai.

Steven Jones dan rakannya, Linette Grzelak menemui ikan itu di satu kawasan pantai Goolwa Pipico

Pemancing jumpa kayu balak ditepi pantai sekali lain pula yang jadi

yang terletak kira-kira 25 kilometer dari River Murray, sebuah destinasi memancing serta pelancongan popular di Australia Selatan

Ikan matahari itu dianggarkan sepanjang 2.5 meter dengan berat mencecah beberapa ratus kilogram.

Pemancing jumpa kayu balak ditepi pantai sekali lain pula yang jadi

Grzelak yang memuat naik gambar ikan itu di Facebook berkata, dia pada mulanya menyangka ikan itu adalah kayu kerana ia terlalu besar.

“Pada mulanya saya menyangka ianya palsu. Jones menemuinya terdampar di pantai dan ia kelihatan seperti kayu yang besar,” katanya.

Ikan matahari atau dikenali sebagai mola mola boleh membesar hingga mencecah tiga meter panjang dengan berat mencecah 2.5 tan.
Ia juga sangat jarang ditemui kerana habitatnya di laut dalam dan terpencil.

Di Malaysia ini juga pernah tular mengenai ikan jenis ini yang ditangkap di perairan Laut China Selatan dekat Balingian di Mukah. Walaubagaimanapun menurut Shamsul Ketuk, lelaki yang menangkap ikan terbabit, dia sudah membuangnya ke Sungai Mukah kerana tiada pembeli.

Shamsul berkata, dia menaiki perahu untuk memasang pukat lebih 200 meter bagi menangkap ikan di perairan itu seawal 6 pagi.
Menurutnya, selepas dua jam memasang pukat berkenaan, dia terkejut apabila menemui ikan itu tersangkut pada pukatnya.

Shamsul berkata, dia tidak pernah menemui ikan itu selama menjadi nelayan, bahkan ramai rakan nelayan di Mukah dan Balingian juga tidak pernah menangkap ikan berkenaan.

“Ikan itu seberat hampir 80 kilogram dan saya hanya mengetahui ikan berkenaan dikenali sebagai ikan mola-mola (ikan matahari) selepas diberitahu rakan. Saya menjual ikan itu, namun tiada siapa yang mahu membelinya kerana bimbang ikan itu beracun”

Katanya, dia tidak mengetahui sama ada ikan itu adalah antara spesis ikan yang dilindungi atau sebaliknya, namun dia sudah membuangnya waktu petang. Menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN), ikan mola-mola yang turut dikenali sebagai ikan matahari itu tersenarai dalam Senarai Merah Spesis Terancam, kategori spesis terdedah ancaman (vulnerable).

Ikan ini lazimnya menjadi buruan dalam kalangan nelayan di Filipina, Taiwan dan Jepun untuk dijadikan hidangan eksotik di negara berkenaan.

Di Indonesia, ikan ini antara 18 jenis hidupan marin yang dilarang ditangkap dan dijual bagi tujuan komersial.

BACA:Apek bawa grab dedah rahsia kekal sihat, hari-hari amal Yasin walaupun bukan Islam undang reaksi netizen