Pemancing ini terkejut temui ikan bermulut dua ketika memancing di tasik undang reaksi netizen
Ketika keluar pergi memancing dengan suaminya, seorang wanita terkejut besar apabila menaikkan seekor ikan bermulut dua di Tasik Champlain, New York.
Wanita yang dikenali sebagai Debbie Geddes bagaimanapun melepaskan semula ikan itu selepas merakamkan gambarnya.
Dia menunjukkan gambar haiwan ganjil tersebut kepada seorang rakan sekerja yang kemudian menyebarkannya dalam media sosial.
“Selepas kami menaikkan ikan ini ke dalam bot, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia mempunyai dua mulut. Namun, ikan ini membesar dengan sihat. Sungguh menakjubkan. Kami merakamkan gambar dan melepaskannya kembali ke dalam tasik,” kata Debbie kepada rangkaian berita Fox News.
Gambar itu kemudian disiarkan di laman sosial Facebook oleh rakan sekerjanya, Adam Facteau. Lelaki itu berkata, dia lebih teruja dengan penemuan itu berbanding Geddes.
“Geddes tidak yakin gambar itu akan diminati tetapi saya tahu ia akan menjadi popular,” kata Facteau.
Gambar ikan tersebut dimuat naik di laman Facebook kelab pemancing, Knotty Boys Fishing dan dikongsi beribu-ribu kali oleh pengguna media sosial berkenaan.
Malah tak kurang seribu. pengguna turut meninggalkan komen dan menyuarakan pendapat masing-masing. Ada diantara netizen menyatakan bahawa punca keanehan ikan tersebut berlaku secara semula jadi tetapi ada juga yang berkata, ia adalah mutasi akibat pencemaran yang berlaku.
Ikan bermulut dua itu kemudian dilepaskan semua oleh mereka ke tasik Champlain.
BACA: Kalau dah jodoh, warga emas usia 110 tahun pun masih laku keras, nikah dengan wanita umur 55 tahun
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio