Pelombong jadi jutawan sekelip mata, jumpa batu ‘rare’. Saniniu Kuryan Laizer adalah salah seorang lelaki paling bertuah di dunia. Hidup pelombong kecil-kecilan dari Tanzania itu berubah sekelip mata setelah dia menemui dua batu permata bersaiz besar yang paling rare atau jarang ditemui di dunia.
Dianggap sebagai salah satu batu permata yng paling berharga di dunia, tanzanite biasanya dijual pada harga US$300 (RM1,286.73) hingga US$600 (RM2,573.46) satu karat.
Walaupun harganya lebih rendah daripada berlian kerana tidak memiliki kegunaan industri, kepelbagaian batu mineral blue zoisite itu dilihat berpotensi menyumbang kepada ekonomi Tanzania.
Batu tanzanite pertama ditemui pada tahun 1967 dan pada mulanya diberi nama sebagai blue zoisite (zoisit biru). Butik perhiasan popular, Tiffany & Co, yang menyifatkan tanzonite sebagai batu permata paling indah pernah dijumpai dalam 2,000 memutuskan untuk menamakan semula batu itu dengan nama tanzonite kerana mereka berpendapat bahawa blue zoisite mungkin akan disebut sebagai blue suicide dan akan memberi kesan negatif terhadap pasaran perhiasan itu.
Sejak penemuannya, hampir 40 persen batu permata berharga ini telah diseludupkan, menyebabkan Tanzania terpaksa mengambil langkah-langkah untuk mengatur sektor perlombongan.
Batu permata yang dijumpai Saniniu adalah batu tanzanite terbesar yang pernah ditemui di negara tersebut. Batu berkeberatan 9.27kg dan 5.1kg dijual kepada pemerintah dengan harga 7.7 bilion shilling Tanzania (RM14,154,030.00).
Saniniu yang kini seorang jutawan merancang untuk menggunakan wang itu untuk masyarakatnya dengan membina sebuah pusat membeli-belah dan sebuah sekolah berhampiran rumahnya.
Tanzanite, the world’s rarest gemstone is only found in the Merelani Hills near Arusha, Tanzania. It is 1,000 times rarer than diamond. pic.twitter.com/WJSDgWjDDW
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) June 25, 2020
Batu-batu itu akan disimpan di muzium nasional Tanzania untuk dilihat oleh pengunjung.