Kisahnya bermula apabila suatu malam suami aku pulang kerja dan tidak mahu mandi dan bukak baju. Tidur pun masih berbaju uniform kerja sehari suntuk tadi.
Sedang dia asyik lena berdengkur tiba – tiba bajunya terselak.Dan ternampaklah kesan gigitan pada d4da. Aku terk3jut dan cuba periksa lagi di tempat lain.
Aku jumpa lagi kesan tu di peha dan leher dia. Allah saja yang tahu perasaan hati aku h4ncur masa tu. Dah sebulan lebih dia tidak melayan aku.
Tidak mahu bercakap dan bermasam muka. Pulang kerja selalu lewat pagi.
Kini baru aku mengerti kenapa dia berbuat begitu. Rupanya hati dia sudah beralih arah. Aku buka telefon dia nak check perbualan dia dengan perempuan itu tapi tak jumpa. Dia dah delete. Kemudian dia terjaga dan ternampak aku pegang telefon dia. Terus dia marahkan aku kenapa main telefon dia.
Aku terus persoalankan tentang kesan tu. Aku suruh dia berlaku jujur dan aku tidak akan memarahinya. Barulah dia buka mulut dan ceritakan semuanya. Rakan sekerja yang bernama L (bukan nama sebenar) selalu mengambil berat tentang dia. Selalu bertanyakan masalah dia di tempat kerja.
Mula – mula rapat sebab suami aku banyak bantu dia tentang kerja memandangkan dia staff baru di situ. Lama – lama mereka mula suka sama suka dan terjadilah perkara terlarang itu. Malam itu mereka keluar makan dan membuat perkara terkutuk itu di dalam kereta si perempuan.
Untuk pengetahuan semua, suami aku tiada harta. Motor yang dia naik pergi kerja itu pun ayah aku yang pinjamkan. Rumah pun kami menumpang di rumah ibu aku. Aku mula persoalkan patutlah selalu nampak perempuan itu bermesej dengan suami tetapi suami aku menafikan dan berkata mereka hanya rakan sekerja.
Aku b0doh sangat masa tu sebab percaya dengan penipuan itu. Aku bertanya kepada suami habis hubungan kita bagaimana? Dia hanya mengikut keputvsan aku sama ada mahu cerai atau tidak. Nanti maklumkan sahaja bila tarikh ke mahkamah. Amboi semudah itu sahaja dia mahu menceraikan aku.
Pagi itu aku call perempuan itu dan bertanyakan hal mereka namun perempuan itu tidak mengaku. Aku mesej pula bagitahu dia yang suami aku mengaku segalanya. Dia bersetuju untuk berjumpa pada waktu petang nanti kerana dia hendak masuk kerja pada pagi itu.
Petang tu kami berjumpa di taman permainan berhadapan di tempat kerja mereka. Hanya aku dan perempuan itu. Aku bertanyakan mengapa perempuan itu sanggup berbuat sedemikian. Dia mengaku perkara ini berlaku secara tiba – tiba dan suami aku yang memulakan dahulu.
Dia juga menceritakan ada beberapa rakan sekerja mereka yang lain memberitahu dia bahawa selain dia, ada lagi 2 orang skandal suami ku yang pernah mereka berhubung juga. Rakan sekerja mereka bernama Iz dan Ya (bukan nama sebenar).
Aku terk3jut kerana aku kenal Iz tu sebenarnya kawan sekolah rendah aku. Aku tahu dia selalu call suami aku setiap kali hari cuti dan suami aku tergesa – gesa pergi ke pejabatnya. Katanya ada kerja rupanya sibuk menggatal.
Ada suatu hari itu kawan – kawan nampak kesan penuh di leher suami aku dan mereka mengesyaki Iz yang melakukannya. Aku terk3jut sekali lagi kerana memang benar ada suatu hari itu suami aku pernah berbuat seperti malam itu. Tidak mahu buka baju dan tidur dari malam sampai ke siang pun masih berbaju di dalam bilik.
Bila keluar rumah ronda – ronda naik motor pada petang itu ternampaklah kesan tu di leher dan suami mengaku itu perbuatan rakan sekerja lelaki. Mereka bergurau dengan menciuum badan suami aku sampai terlekat kesan.
Aku tidak percaya tetapi rakan lelaki suami aku itu sibuk call aku dan minta aku percaya itu adalah perbuatan dia. Aku abaikan suami sebab aku tak percaya dia. Hari – hari dia pujuk aku suruh percaya dan seminggu kemudian aku termakan jugak pujukan nya.
Berbalik kepada pengakuan L, aku memutuskan untuk menghalau suami aku sebab aku terlalu kecewa dengan dia. Sampai 3 perempuan dia berskandal. Skandal di tempat kerja pulak tu. Aku daftarkan perceraian aku seminggu kemudian dan aku membuat laporan polis terhadap mereka berempat atas kesalahan mengganggu rumah tangga aku.
Aku bawak laporan polis itu ke jabatan mereka dan buat aduan terhadap mereka berempat. Siasatan telah dijalankan dan hanya Iz dan Ya sahaja yang mengaku perbuatan terkutuk mereka. Manakala L dan suami menafikan sekeras – kerasnya.
Pegawai jabatan mereka call aku untuk meminta bukti dan aku hantarkan semuanya. Video pengakuan L, gambar love b*te di badan suami aku dan gambar percutian mereka di tepi pantai semasa kami masih belum sah bercerai.
Aku terjumpa video itu semasa aku membuka telefon lama aku yang suami aku pinjam dan lupa untuk log out telegram dia. Penuh gambar mesra mereka di dalam telegram yang L hantar kepada suami aku. Sedih, kecewa dan terkilan aku rasakan.
Kami masih belum bercerai tetapi dia berani bercuti dengan perempuan itu. Patutlah bila mintak nafkah anak RM500 dia hanya bagi setengah sahaja. RM250. Dengan alasan dia mahu mencari rumah sewa. Dia juga marah aku sibuk tentang nafkah anak.
Itu duit anak bukan duit aku katanya. Rupanya duit dah habis berjoli bercuti dengan perempuan itu. Sekarang aku dah sah bercerai dengan dia dengan lafaz cerai taIak satu. Dan dia pun dig4ntung kerja selama sebulan kerana jabatan dia masih lagi membuat siasatan.
Apabila terbukti bersalah baru mereka dijatuhkan hukvman. Puas hati aku. Walaupun tak setimpal dengan apa yang mereka buat kat aku sampai bercerai berai, namun aku berpuas hati. Biar mereka hidup susah tiada duit nak makan sebab kena g4ntung kerja sebulan.
Sampai sekarang aku masih mempersoalkan kenapa dia sanggup buat begini kepada aku? Apa salah aku? Sedangkan aku setia di rumah tunggu dia pulang kerja. Sampai sekarang aku masih belum boleh redha.
Dan sebulan sejak perkara ini berlaku. Tapi aku masih lagi teringat akan perbuatan k3jam dia terhadap aku.
Doakan urusan perbicaraan kes nafkah anak aku dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga bekas suami aku setuju dengan jumlah nafkah yang aku minta agar tidak memanjangkan kes.
Doakan juga semoga aku lebih tenang dan mampu redha dengan takdir yang ditentukan untuk aku. – Nurul (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Maya Mohd : Dah lah laki orang, rumah, kereta, motor pun tak ada tapi ada juga pompuan tak cerdik nakkan dia! Pelik!
Salina Gunawi : Jangan persoal kenapa sebab bukan Nurul yang cipta. Anggap saja dia yang buta untuk menilai kesetiaan seorang isteri. Semoga Nurul tabah untuk move on semula. Amiin…