Pelanggan terkejut beli nasi kerabu free 10 zat dari stapler, sekali ini yang jadi.
Tular kisah mengenai seorang wanita yang berdepan dengan pengalaman ‘buruk’ ketika memakan makanan yang dipesannya menerusi sebuah aplikasi.
Wanita Tergaman Menyedari Nasi Kerabu Dibelinya Berlaukkan ’10 Zat Besi”
Menurut wanita ini, dia telah membeli nasi kerabu menggunakan sebuah aplikasi dan ketika sedang mengunyah makanan, dia telah menemui benda asing iaitu dawai kokot atau ubat stapler di dalam nasi kerabunya!
“Jumpa ni masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat kot tulang ke apa rupanya (dawai kokot). Terus report ke GrabFood fan GrabFood terus telefon.
Apa yang mengejutkan lagi ialah rupanya bukan satu atau dua dawai kokot yang ditemuinya tetapi total dawai kokot yang berada di dalam nasi kerabunya adalah sepuluh.Wanita Tergaman Menyedari Nasi Kerabu Dibelinya Berlaukkan ’10 Zat Besi”
“Ingat satu je (dawai kokot) tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semua ada 10 dawai kokot ditemui,” tulisnya.
Seperti yang kita sedia maklum, dawai kokot memang bahaya jika termakan selain boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
Perkongsian wanita ini menjadi tular dan rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa dengan kecuaian peniaga ketika mengendalikan penyedian makanan yang dijual mereka.
“Patutnya tak boleh guna dawai kokot ni. Kalau pergi kursus pengendalian makanan mesti tahu.
Wanita Tergaman Menyedari Nasi Kerabu Dibelinya Berlaukkan ’10 Zat Besi”
“Ni masalah kalau nak ambil kursus pengendalian makanan. KKM je makan dia, untuk ambil tindakan.
“Seeloknya report, bukan tujuan aau niat nak tutup periuk nasi peniaga. Cuma beri pengajaran supaya lebih berhati-hati, bertimbang rasa dan jadi pengajaran kepada peniaga tersebut dan peniaga-peniaga lain,” katanya.
“Ini kalau kena boleh maut ni masuk dalam perut,” seorang pengguna lagi.
“Fuh sekali dia bagi 10 zat besi…kalau telan ni mau mati.. ” ujar seorang lagi pengguna.
Wanita Tergaman Menyedari Nasi Kerabu Dibelinya Berlaukkan ’10 Zat Besi”
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Peraturan 37(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan seseorang tidak boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan itu.
“Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,”
BACA:
Kenapa ya? Air coke dekat McDonald’s lagi sedap dari tempat lain? Ini sebabnya