Pelakon senior malas nak layan produksi,bertudung pun jadi masalah

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Kalau dilihat banyak pelakon wanita yang tidak bertudung membawa watak memakai tudung namun bila individu tersebut meneruskan niat berhijab, lain pula jadinya.

Lebih mengecewakan ada juga pelakon bertudung disuruh menunjukkan rambut untuk watak walhal masih banyak artis berbakat yang tidak bertudung.

Pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud kesal apabila ada produksi yang tidak sensitif dengan memintanya membuka tudung meskipun mengetahui dirinya sudah berhijab sepenuhnya.

Menerusi Instagram miliknya, Fazlina tidak memahami apa yang berlaku dalam industri kini yang gemar membuat perkara tersebut.

“Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung. Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula. Apa punya industri,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pelakon senior malas nak layan produksi,bertudung pun jadi masalah

Tidak hanya itu,Fazlina juga mendedahkan mengenai wujudnya kroni dalam industri selain percaya masih ada tawaran yang tidak melibatkan ia untuk membuka tudung.

“Ya! Benda merepek aku kena hadap. Macam-macam peel (perangai) orang industri sekarang.

“Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la.

“Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain,” ujarnya.

Di ruangan komen, pelakon berhijab, Norish Karman turut menghadapi masalah yang sama seperti Fazlina.

“Kita dalam situasi yang sama. Marilah kita keluar melepak untuk keluarkan segala keluhan. Saya sudah lima tahun kena benda yang sama.

“Semua tawaran minta saya buka tudung, bila kata tengah istiqomah, terus tak terima kta jadi pelakon,” ujar Norish di ruangan komen.

Baca juga: Ini yang jadi pada Filipina dan Indonesia bila mansuh subsidi minyak, bakal berlaku di Malaysia?