Pelajar tingkatan 4 dari Sarawak hanya perlukan 16saat untuk ‘jackpot’ RM44,000, Ini cara pantas dia dapatkan.
PESERTA remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship
Apabila menumbangkan lawan dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di sini, Jumaat malam.
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.
kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya. – Bernama Bangkok, Johan Ghazali, Muay Thai, ONE Championship, KO
Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.
Johan, yang lebih dikenali sebagai ‘Jojo’, turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).
“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.
Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap berkata, beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.
“Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini…maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai jam 4 petang.
“Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” katanya.
Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (kanan) hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ bagi keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama. Foto: DayakDaily
Tahun lepas, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Bangkok, Johan Ghazali, Muay Thai, ONE Championship, KO