Pelajar pondok dakwa diarah ustaz untuk minta sedekah, tujuan untuk belajar di madrasah

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Tular di media sosial, seorang pelajar sekolah pondok dipercayai dari Pattani, Thailand meminta sedekah di negara ini kononnya mencari dana untuk melanjutkan pelajaran di sebuah “madrasah”.

Menerusi satu video dimuat naik Isu Semasa Viral di X, pelajar itu mengatakan dia diarah oleh gurunya untuk meminta dana orang ramai.

Pelajar terbabit dilihat mengenakan jubah putih dan memegang tabung sumbangan di hadapan sebuah pasar raya.

Namun tidak dapat dipastikan pasar raya yang mana dan lokasinya.

“Saya pelajar dari Pattani, ustaz suruh minta sedekah,” kata pelajar itu ketika menjawab pertanyaan seorang individu yang sedang merakamnya.

Pelajar pondok dakwa diarah ustaz untuk minta sedekah, tujuan untuk belajar di madrasah

Menurutnya, dia mempunyai dokumen yang sah untuk menjalankan kegiatan mengutip derma tersebut.

Dia juga mengatakan, dia mempunyai dokumen sah dari kerajaan Thailand.

Melihat kepada salah satu dokumen itu, ia menyatakan pelajar tersebut ingin memohon sumbangan dana pengajian di sebuah madrasah di Thailand.

Dokumen itu juga memaklumkan, bantuan dana itu ekoran bapa pelajar terbabit tidak sihat selain tidak boleh kerja untuk menanggung kos pengajian anaknya.

Namun selepas meneliti kesemua dokumen, individu berkenaan mendakwa bahawa ia merupakan kegiatan sindiket.

“Sah sindiket,” kata individu itu.

Baca juga: ‘Kau pula suruh-suruh aku buat apa yang kau nak..’ Wartawan mengeluh dengan bebanan kerja, lupa tutup audio